Sunday, November 29, 2009

.: Today's Jokes :.

Lawak yg mungkin anda dengar atau hadapi semasa mengajar nnt... ENJOY!!

CITA-CITA

Suatu hari, ada satu sesi suai kenal antara seornag guru BARU dengan pelajar-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka memperkenalkan diri dan menyatakan cita-cita mereka. Seorang demi seorang memperkenalkan diri masing-masing. Akhir sekali tibalah giliran Hilmi, Suhartini dan Zaki.

Hilmi: Nama saya Hilmi. Bila besar nanti saya mahu menjadi seorang Juruterbang. Boleh saya mengembara ke Amerika, Disneyland dan Batam.

Guru: Bagus. Seterusnya...

Suhartini: Nama saya Suhartini. Saya mahu menjadi suri rumahtangga yang baik dan ibu kepada anak-anak yang comel.

Guru: Bagus. Menjadi suri rumahtangga adalah cita-cita yang mulia (kata guru dengan bangga).


Akhir sekali tiba giliran Zaki......

Zaki: Saya Zaki. Nanti kalau besar saya akan membantu Suhartini untuk mencapai cita-citanya............. :P

thehehehe........


.: Like father, Like Son :.

Assalamualaikum WBT...

Sedang aku dok surf2 intenet, aku terbukak Kolej Matrikulasi Kedah pnyer webpage...

Punyer la besar gmbr ayah aku kt depan tuh.... :)




p/s: hensem mcm anak dia yg sulung kn?

.: Posting oh Posting :.

Assalamualaikum WBT...

Salam aidiladha kepada semua...




Dalam sehari dua ni, hati aku tertanya2... mana la aku akn dcampakkan nnt... kt skolah mana? daerah mana? jauh ke dekat ke... huhu.... smpai termimpi2.... yg kalakar nya, aku dpt posting kt banting... hahahah... pnyer la seronok smpi wife aku ckp aku mengigau mimpi smlm... hahahah....

anyway, apa yg pasti, aku akn check hari2 result dia... but maybe some of you guys tak tahu tmpt yg sepatutnya utk kita check result posting... link nie yg aku jmpe kt internet... harap2 btol lah ek...




p/s: click kt banner utk check result posting dan masukkan IC...

Friday, November 27, 2009

.: Kisah pagi raya qurban :.

Assalamualaikum WBT...

Jumaat, 27 Nov 2009, merupakan hari bersejarah buat aku dan isteri... tak balik beraya kt kampung... :) berkorban skit tahun nie.. ahaks..

cerita raya korban tahun nie, kitorang beraya kt Subang aka rumah @ USJ 16.. walau kami sambu berdua dan sederhana, tp janji meriah..

pagi2 pegi solat raya kt surau bawah flat nie... start jam 8am.. dlm pkl 9am, selesai solat sunat.. balik lepak kt rumah jap, salin baju then turun balik kt surau... ada program sembelih haiwan korban... saje nk bersosial dgn masyarakat.. tp sorang pon aku tak kenal... :p buat muka tak malu je lah..

5 ekor lembu dan 1 kambing berjaya ditumbangkan hr nie... boleh tahan penat.. campur panas.. dah lama x buat kerja2 mcm nie... :) tp nasib baik ramai yg tolong.. lebih 50 - 100 org jgk ler yg turun padang... bersepah org... campur ngan geng2 bangla, nepal dan indon... pergh... tp bgus jgk, cepat skit ler keje siap..





p/s: amacam... besh tak balik beraya kt kampung halaman....?

Monday, November 23, 2009

.: Al-Quran :.

TOLONG BACA SMPAI HABIS.. :) ENJOY!!!

KISAH YG MENARIK UNTUK DKONGSI BERSAMA...


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' Sabda
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)

Sunday, November 22, 2009

.: Antara KISSM Lagi dan Futsal :.

Assalamualaikum...

Penat beb KISSM ni. direct 6 hari berturut-turut untuk 2 minggu.. tak mustahil member aku pon jd mcm nie...



::penat dan boring::

tp lepas kursus, ckp je nk main futsal, semangat trus budak2 ni.. ngantuk, penat sakit, sumer hilang.. termasuk ler aku... :p hik hik hik..


p/s: esok last main futsal dah.. pasni x tau ler... masing2 dah kena posting ke sabah @ sarawak.. :)

.: SPY KISSM? :.


::agak2 bleh cam tak tulisan sape?::
Assalamualaikum...

Aku tak tahu la betul atau tidak. tp nmpknya macam ada "SPY" terlantik kt maktab atau lebih spesifik lagi kt dalam kelas aku skunk!

wah, hebat! tak tahu la saper yg org nya.. tp katanya dah ada suspek.. x tau la kan.. tepuk dada, tanya selera.. aku pon tanak le main tuduh2 mcm tu jer.. walaupun aku sndiri ada suspek sndiri.. :) klu btol la dia, mmg ar.. x leh buat kawan beb.. hish.. sanggup nk kantoikan kawan sndiri.. sigh..

p/s: nasib baik nama aku tak der... :)

Wednesday, November 18, 2009

.: Kisah Matahari :.

Matahari dari dekat (5,000 KM) Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope




Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 Nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Sebagai Renungan:


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai, = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.....

Monday, November 9, 2009

.: Repair sudah! :.



Assalamualaikum WBT...

Sabtu lepas, akhirnya pintu kereta aku berjaya dibuka... dah dkt seminggu kereta aku sangkut.. dah la pintu x leh bukak... cermin tingkap x leh tutup plak... kena plak skang nie hari hujan.. aku dikira bernasib baik sbb hujan x cukup lebat... silap haribulan, boleh banjir kereta aku...

p/s:: ntah2 boleh bela ikan kot nnt dlm kereta... lolz...

.: KISSM :.









Asalamualaikum WBT...

KISSM atau nama panjangnya Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia pada aku teramatlah bosan.. setiap hari ada 3 slot... setiap satu slot ada 2 jam.. dan kursus ini akn berlangsung selama 2 minggu lebih... pergh... dengan keadaan bilik kuliah yg sempit dan panas... ramai peserta beb... gabung 3 kelas.. bukan nk mengeluh dan nk komen apa, cumanya kadang2 tuh pihak urusetia KISSM kena jgk pikir peserta... canner nk blaja klu keadaan bilik kuliah yg tidak kondusif? sama mcm pedagogi le plak... at least selesa dan ada sistem pengudaraan yg baik... siap lecturer pon ckp benda sama... PANAS....

Wednesday, November 4, 2009

.: Gembirakan Hati Isteri :.


Assalamualaikum WBT...

Peringatan buat para suami......... termasuk aku..

Suami bertanggungjawab beri perlindungan, penjagaan dan kegembiraan pada isteri. Isteri amanah Allah, suami mesti menjaganya serta menggembirakan hatinya. Pastikan isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara: Tempatkanlah mereka (para isteri) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (At-Talaq : 6)