Sunday, June 20, 2010

.: Satu pagi di Pasar Pagi Ahad @ Stadium Shah Alam :.

ramai giler orang kat sana..! tak tahu ler mana datang.. aku yg dok USJ pun sanggup datang, ini kan orang yang tinggal sekitar sini.. :) apa yang menariknya disini, macam-macam benda ada dijual dan kit aboleh jumpa kat sini.. macam astro plak barangan second hand, pakaian lelaki dan wanita, barangan baby, kasut, barangan dapur dan macam-macam lagi lah.. benda yang korang tak 'bajet' ada pun ada kat sini.. cuma kena rajin jalan2 sebab kat sini orangnya ramai.. kawasan dia plak sangat besar.. dan kalau jam pukul 10am keatas, matahari dah kuar san cuaca agak panas.. kepada yang bawa baby atau anak kecil, aku cadangkan korang pegi awal skit sesudah subuh mungkin :p dan balik sblm jam 10am.. orang pun tak ramai dan cuaca pun sejuks... bergantung kepada tahap 'kebangunan' anda lah.. maklumlah, weekend kan, saper nk bangun awal.. sayang beb tido.. :p

 p/s: minggu depan plan nk pegi Jalan Pasar plak.. hehehe.. cari ikan.. ahaks!

Thursday, June 17, 2010

.: Apek, oh Apek... :.


PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Rj: apek sempat lg thumbs up sambil tersenyum.. mcm tak insaf je lg.. :( 
 

Wednesday, June 16, 2010

.: FIFA 2010 World Cup (Current Standings, 17/06/2010) :.


:: Spain, u guys have to do sumthing!! Come on!! ::

.: Artis komedi popular kena tangkap sbb GANJA!! :.

Apalah nak jadi dengan nasib pelawak terkenal kita Saiful Apek yang sekarang ini tengah ditahan reman berikutan kes dadah. Harap-harap makan minumnya cukup sepanjang disana.

Terbaru, nasib Apek dan 5 rakannya yang ditangkap 13 Jun lalu akan ditentukan mahkamah hari ini. Kata sumber, keputusan hari ini juga bakal menentukan samaada kesnya itu akan didakwa sekiranya didapati bersalah, ataupun dibebaskan jika sebaliknya.


Sumber dari pihak polis juga ada memberitahu pihaknya juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua terbabit bagi membantu siasatan. menurut sumber, Apek dan rakan-rakannya itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah atau kes lain.


Masa mula-mula dengar berita dia ditahan di kediamannya di Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway Ahad lalu, pihak polis bukan sahaja menjumpai ganja dalam rumahnya, tetapi polis turut mendapati air kencing Apek dan rakannya positif.


:: sangat terkejut bila dengar berita ini.. dan sangat tak sangka.. hancus bila artis yg sepatutnya jadi role model pd masyarakat jadi mcm nie.. apa2 pun, kita tunggu nasib apek ptg ini. ::

sumber: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6685&c=2&s=3