Sunday, August 29, 2010

:: Keputusan Nyanyian Patriotik @ Mydin USJ ::

Assalamualaikum...

Hebat!! Semua peserta hebat-hebat.. Aku sampai dalam pukul 9 lebih dan masa tue pertandingan sudah di mulakan.. walaupun semua peserta kecil molek, tapi suara...pergh, MANTAP!! Tahniah buat semua peserta yang berjaya..

Dan yang paling aku bangga ialah aku sempat tengok salah seorang dari peserta adalah anak murid SK Seafield 3, Adik Puteri.. Anak murid aku tueeee.... :p Dengan pakaian yang kreatif, gaya persembahan menarik dan suara yang cukup memukau hakim, tidak hairan lah Puteri mendapat tempat PERTAMA dalam pertandingan tersebut.. Tahniah sekali lagi.. :) Siap sebelum nyanyi ada sajak plak tuh.. Idea sape erk? Semoga Puteri akan terus berjaya pada masa akan datang.. Insya-Allah..

:: Adik Puteri (dua dari kanan) ::

:: Artis jemputan merangkap hakim pertandingan, Sajeri rasanya la.. ::

psst: esok kat sekolah ada program diambang merdeka

:: Pertandingan Nyanyian Patriotik Bawah 12 Tahun ::

Assalamualaikum..

Tak tahu la mana datang manusia, semua pakat2 serbu Mydin USJ hari ni.. mungkin sebab cuti panjang, hujung minggu dan lagi-lagi nak dekat raya dah ni.. So, moral of the story, klu nak shopping dekat-dekat dengan raya nie, pilihlah hari yang tak ramai orang... senang citer, bukan hari cuti ler.. :)


Satu lagi, malam ni ada pertandingan nyanyian.. macam best..

PERTANDINGAN AKHIR NYANYIAN PATRIOTIK BAWAH 12 TAHUN

Tarikh: 29/9/2010
Masa: 8:45pm
Tempat: Mydin Mall USJ
  

Rasa-rasa macam nak pergi jer tgk.. macam menarik.. utk tambah pengetahuan.. :p jumper disana...!!!

p/s: tak sabar tunggu wife aku masak kuew tiaw goreng power...

 
 

Saturday, August 28, 2010

.: Tak sabar menanti hari :.

Assalamualaikum..

Tahniah buat Kak Siah dan Abg Ein sebab dapat baby boy baru.. moga-moga bertambah bahagia dan berseri lah rumah dengan bertambahnya orang baru.. dan sure Daniel seronok dapat adik.. :)

Bila Kak Siah dah selamat melahirkan anak, so ini menandakan yang turn kami plak tak lama lagi.. fuhhh, berdebar dan tak sabar nih.. hari2 praktis azan dgn iqamat.. :) dan yang pasti, wife aku makin teruja dengan prepare sumer barang-barang dia, barang baby dan macam-macam lagi.. moga2 semua berjalan lancar..



p/s: nanti kitorang nk buat rehearsal dari rumah ke hospital serdang bagi mengelakkan tersesat jalan masa wife aku nk beranak nnt.. hehehe..

Monday, August 16, 2010

:: KIKO Warehouse Sale ::

KIKO Warehouse Sale

 

From RM4

 

Products Offered

Kidswear (Age 1 – 14)

 

Location (Tel: 603 8068 8888)

KIKO Garments Sdn Bhd

No. 1 Jalan Industri PBP13

Taman Industri Pusat Bandar Puchong

47100 Puchong

Selangor Daru Ehsan

Malaysia


Friday, August 13, 2010

:: Pureen Warehouse Sale 2010 ::

Great bargains..! macam-macam ada.. tak sia-sia kami tunggu lebih 2 bulan sebelum shopping kaw-kaw kapal api barang for our new baby.. harga memang murah dari apa yang kami compare beberapa tempat lar dan semua berjenama.. satu hari tu ada la sampai RM300++ kami habis.. huhu.. tp mmg kami target utk giler shopping on that day, so.... layan je lah..!!! :)

*tarikh dia lain..

Longgokan baju baby.. banyak sangat & cantik!!
harga dari RM1 pun ada!!
Yang datang rata-rata bawak beg besar sampai 3-4 sorang.. aku saja dah 2 beg besar.. :)
MaMa wannabe tengah memilih baju terbaik dari ladang utk baby :). GO MaMa!!
Barangan toiletries baby dan ibu2 pun bnyak
Baju2 baby
Antara barang yang kami beli..
Rasanya dah cukup kot barang baby... :p ye ke MaMa?
So far, rasanya warehouse nie mmg berbaloi la kpd mereka yang nk cari barang baby.. semua ada.. kira nya one stop centre ler.. tapi org sangat ramai dan klu nk pergi better di awal pagi.. mungkin jmper lagi la next year, same place but not the same time... tgk lah klu MaMa nak tambah baby lagi...? ye ke? hehehe

:: Perkhemahan Pengakap 6 Sekawan ::

Assalamualaikum..

Late update.. huhu.. 2 minggu yang lepas, aku ada ditugaskan untuk tgk budak2 pengakap kat serdang jaya dengan ustaz shakir.. salah satu benda yang menarik perhatian aku disana...




Aku tak tahu sape yang bertanggungjawab buat semua ni, tapi yang menariknya lambang pengakap ni dia buat dengan beratus2 tin minuman aluminium... dan ada diantara tin tu jenama carlsberg.. hehehe... kapiak..

Thursday, August 12, 2010

:: Doa Org Yang Ikhlas ::

Sekadar Peringatan kepada kita semua umatNya…



Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.



Wallahu a’lam.

Wasalamualaikum wbr.