Saturday, March 26, 2011

:: Siapakah Qarin? ::


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Friday, March 18, 2011

:: LAGI KES DERA- Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung! ::


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang
hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Saturday, March 12, 2011

:: AL-Kisah ::

Sebut pasal nelayan ni, teringat satu kisah mengenai nelayan yang paling hebat pernah saya jumpa, ceritanya macam ni:

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... jadi crew TV interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Itulah cara pakcik cari rezeki, Kalau dia tidu r mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia tidur mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "

CrewTV : "Oooooooooooo. .. ... ."

Itu carita selingan mengenai nelayan, lorat betul nelayan sorang ni, biarlah dia dengan cara dia (18sx).............

Wednesday, March 9, 2011

:: Spesis Babi Yang Berbulu ::

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih..  kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria





JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

:: Thanks To Everyone For The Birthday Wishes ::



I'd like to thank everyone who emailed me, sent a Facebook message, or SMS to wish me a happy birthday. I am now 2* (almost 30... hahaha). But none of them asked me how I felt. Well what can I say is its time to get ready with another great challenge in life.. Work hard, play less if you know what I mean, well you are wrong.. hahah 
 
Anyway, Happy Birthday To Me, Raja Firdaus..!!

*love mama and baby Yana... :)