Monday, October 26, 2009

.: TIPS-TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA SPP :.


Sebelum hari temuduga

#Dokumen#

1. Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang diperlukan telah disediakan.

2. Dokumen yang paling penting untuk disediakan ialah :-
a) Kad Pengenalan
b) Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat
c) Sijil Persekolahan – SPM
d) Sijil Iktisas – Diploma / Ijazah
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Pengiktirafan JPA

3. Semua dokumen di atas perlu di buat salinan dan disahkan. Sijil2 lain adalah sebagai bonus.

4. Sekiranya salah satu daripada dokumen terbabit tiada, berkemungkinan besar untuk permohonan anda di tolak.

5. Oleh itu, sekiranya anda benar-benar mahu memiliki pekerjaan yang dipohon, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memiliki semua dokumen terbabit.

6. Bagi mendapatkan semula Kad Pengenalan atau Kad Pengenalan Sementara, Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat, anda bolehlah berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

7. Sekiranya anda kehilangan Sijil PMR / SPM, bolehlah berhubung dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya bagi mendapatkan semula salinan asal dokumen tersebut.

8. Seboleh mungkin, elakkan menggunakan laporan polis sebagai bukti kehilangan dokumen-dokumen asal kerana anda sebenarnya mempunyai waktu untuk menyediakan semua dokumen tersebut dari tarikh terima surat tawaran/ panggilan temuduga dan hari temuduga. Secara tidak langsung, ini akan menampakkan anda tidak mempunyai usaha untuk memiliki jawatan yang dipohon.

9. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan.

#Ilmu#

1. Sediakan diri anda dengan pengetahuan am seperti ekonomi, politik, hiburan, semasa, Rukun Negara, senarai menteri kabinet dan portfolio masing-masing, maklumat umum berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan sebagainya.

2. Baca dan faham senarai tugas jawatan yang anda pohon.

3. Jangan sombong bertanya kepada rakan-rakan lain yang pernah menghadiri temuduga berkaitan soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.


Semasa hari temuduga

#Dokumen#

1. Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang diperlukan telah disediakan.

2. Semua dokumen asal di susun mengikut sususan didalam clear folder. Seeloknya elakkan dari membawa lebih dari 2 folder. Jadi, hanya kemukakan dokumen yang diperlukan sahaja.
Semua salinan yang dibuat dari dokumen asal dan telah disahkan, hendaklah disusun mengikut susunan didalam surat tawaran dan dimasukkan ke dalam sampul. Elakkan dari membinding semua salinan tersebut.

3. Jangan sekali-kali menggunakan clip folder atau tidak menggunakan folder langsung kerana ini akan memberi kesan buruk ke atas markah anda.

#Ilmu#

1. Sebaiknya selak-selaklah bahan bacaan yang disediakan atau dibawa untuk refresh semua persediaan yang telah dibuat.

2. Jangan sombong bertanya kepada rakan-rakan lain yang pernah menghadiri temuduga berkaitan soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.

3. Elakkan dari berborak kosong.

#Pakaian dan penampilan#

1. Perempuan – (Muslim) Pastikan pakaian yang menarik dan tidak menjolok mata. Seeloknya baju kurung dan baju kebaya. (Non-muslim) Tidak mengenakan skirt pendek di atas paras lutut. Jangan sekali-kali mengenakan baju yang tidak berlengan dan mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya. Kasut yang dipakai hendaklah kasut bertutup dibahagian depan dan belakang. Elakkan sandle atau kasut tidak bertumit dan kasut sukan.

2. Lelaki – Baju kemeja berlengan panjang, tali leher, seluar slack (elakkan seluar jenis khaki dan jangan sekali-kali mengenakan seluar jeans), kasut bertutup dan stoking. Elakkan kasut canvas dan kasut sukan.

3. Rambut hendaklah di sisir kemas. Elakkan dari mewarna rambut. Jangan sekali-kali berambut panjang bagi lelaki. Bagi calon perempuan, seelokkan rambut di tocangkan atau di sanggul bagi yang berambut panjang. Elakkan dari melepaskan rambut begitu sahaja.

4. Elakkan dari bau badan dan wangian yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu orang lain.

5. Bagi PPP dan PPPT, jangan lupa mengenakan tanda nama anda dan seelok-eloknya, kemaskan penampilan anda dengan blazer.

#PENTING#

1. Jangan segan bertanya kepada urus setia siapa yang akan menemuduga anda dan apakah gelaran beliau. Gunakan gelaran beliau semasa anda ditemuduga nanti.

2. Jangan sekali-kali menggunakan loghat mana-mana negeri semasa di temuduga sekalipun penemuduga tersebut adalah orang sekampung anda.

3. Jangan sekali-kali menggunakan gelaran kakak atau abang kepada urus setia ataupun penemuduga.

4. Ketuk pintu tidak lebih dari dua kali sahaja semasa ingin memasuki ruang temuduga. Kemudian masuk apabila di arahkan dan jangan lupa greeting.

5. Duduk dengan sopan. Jangan sekali-kali menyilangkan kaki anda di depan penemuduga. Pastikan beg tangan atau apa-apa sahaja yang dibawa, diletakkan di atas meja sisi yang disediakan.

6. PENTING – Matikan telefon bimbit anda sebelum memasuki ruang temuduga.

7. Jangan mengunyah makanan semasa di temuduga.

8. Jawab dengan sopan semasa di soal. Ambil masa untuk berfikir sebelum menjawab. Jangan menjawab dengan terburu-buru.

SEMOGA BERJAYA!

1 comments:

Anonymous said...

nk tanya. kenapa kena elakkan binding salinan sijil2 tu yer?? curious.
tq.