Thursday, October 28, 2010

:: Pengorbanan ::

Assalamualaikum WBT...

Baru beberapa hari aku menjalani hidup yang luar biasa sebagai AYAH bersama baby Yana, baru aku faham betapa sukarnya menjaga anak... dan betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membesarkan anak.. lebih-lebih lagi bila anak kita yang masih kecil itu telah diduga sejak lahir dengan masalah jantungnya itu... setiap pagi dalam pukul 2-3 pagi baby Yana akan mula meragam.. dia macam tak boleh nak tidur.. kalau mata dia tak boleh tutup saja tak pe, tapi baby Yana siap ada mengeluarkan bunyi khas Dolby Surround System... huhu... dia punya suara masa nangis memang cukup power.. tapi kesian bila tengok dia nangis plak.. muka dia akan berubah warna merah.. pastu klu lagi lama dia nangis, muka dia akan berubah jadi biru.. :( 

*sayang baby Yana*

so, bermula lah pengembaraan kami suami isteri menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan bagi baby Yana susu, dodoikan anak, check tgk lampin basah atau tak & last but not least, nyanyi lagu "Aku Burung Tiong" sbb menurut kata mama Yana, mulut baby Yana macam burung bila dia nak susu.. muncung.. :p hehehe dan tugas aku sebagai ayah Yana.... TIDO.. *pengsan*

tapi sejak 2-3 hari lepas, aku mmg kena bangun awal.. lagi kesian dengan mama Yana.. lagi awal kena bangun.. siap tak cukup tidur lagi.. dari pukul 2 pagi dia berjaga.. sampai la waktu subuh.. dah la dengan dia sakit-sakit badan.. kesian mama Yana.. ayah Yana sangat hargai pengorbanan yang dilakukan oleh mama Yana.. dengan tak cukup rehatnya.. sigh.. nanti baby Yana dah besar ayah nk bgtau balik mcm mana besarnya pengorbanan mama Yana pada baby Yana tau.. 

*sayang baby Yana*

dan ayah Yana pulak pasni kena la belajar2 kurangkan tidur tu.. nak kena dodoikan baby Yana sampai dia lena.. memang kena ada kerjasama antara ibu-bapa dalam proses membesarkan anak.. Insya-Allah, ayah Yana akan berusaha untuk bersama-sama berjaga malam dengan mama Yana.. :)


psst: tgh mencari susu tepung yang sesuai utk baby Yana...

Tuesday, October 26, 2010

:: Kata Dr Haifa IJN... ::

Assalamualaikum WBT...

Institut Jantung Negara (23.10.2010)



Ting tong....! Nombor giliran 9461 tiba setelah lebih 3 jam menunggu dalam kesejukan.. tak pe lah tunggu lama skit, janji doktor check patient betul-betul... nasib baik baby Yana tak meragam sepanjang menunggu di IJN.. 



Dr Haifa: Baby macam mana? Sihat?

Ayah & Mama Yana: Alhamdulillah... Eh, tapi baby ada batuk-batuk skit sebelum ni... dengan selsema sekali..

Dr Haifa: Tak bawak pegi hospital ke?

Ayah & Mama Yana: Tak, sebab sebelum ni ada di kampung, berpantang disana... 

Dr Haifa: Ok, letak baby atas katil, saya nak check...

(Lepas doktor scan + check baby Yana...)

Dr Haifa: Saya nampak baby pnyer saluran darah tu dah semakin mengecil.. dan saya bimbang yang saluran itu akan tertutup terus jika kita tunggu lebih lama lagi.. so saya rasa kena BTS dengan segera.

Ayah & Mama Yana: erm, BTS tu dengan kata lain kena buat operation la doktor?

Dr Haifa: Yes. Doktor pakar akan masukkan satu tiub ke dalam salur darah itu bagi mengelakkan salur tu terus tertutup. Saya akan cuba call utk buat appointment sebab kalau tunggu doktor pakar lagi lambat.. So buat masa sekarang awak berdua just monitor baby. Kalau dia nmpk biru, cepat bawa ke IJN..

Ayah & Mama Yana: Bila operation tu doktor?

Dr Haifa: Ok, operation buat pada 22.11.2010 (Isnin).. 

Ayah & Mama Yana: Agak-agak doktor lepas operation ni mcm mana plak ye?

Dr Haifa: Mngkin akan ada operation susulan.. maknanya, operation yang pertama ini bukan penutup bagi kes baby ini.. kemungkinan akan ada 2-3 operation lagi pada masa akan datang... 

Ayah & Mama Yana: :( *Sedih....* Ok lah doktor, tak kisah la.. Janji anak kami selamat...

psst: Doakan agar baby Yana selamat menjalani pembedahan pada 22 hb November nnt.. amin Ya Allah...

:: 27 – 31 October 2010 : RSH Sports Warehouse Sale ::

27 to 31 October 2010
RSH Sports Warehouse Sale


Huge Discounts!

  
Brands Offered:

Reebok
Nike
Adidas
Puma
Cat
Merrell
Umbro
iPanema
Rider
Speedo
 Wilson

Time: 10am – 7pm

 
Location (Tel: 603 5123 2668)

Lot 691 Kompleks Hamodal 5
Jalan Lagoon Selatan
Off Jalan Kewajipan
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

psst: great sale that I wouldn't miss every year... :p  

 

Friday, October 22, 2010

:: Pasangan tunang termuda di dunia ::

Assalamualaikum WBT...
DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.



Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.


Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.

“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.


“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.

Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.

“Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti,” tutur Juma.


Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

“Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.


“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”

“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi. - Harian Metro

psst: macam kurang sesuai plak bila anak-anak yang masih kecil ini bertunang dan akan mendirikan rumahtangga dalam usia yang sangat muda.. pada aku, banyak keburukan berbanding kebaikan jika kahwin pada usia muda.. at least biar la sampai peringkat akil balikh.. tp dlm kes ini, mereka baru sahaja bertunang.. harap2 kahwin tu biarlah lambat.. biar masing-masing dah besar.. 

aku nak berkongsi skit antara kebaikan dan keburukan kahwin muda:

KEBAIKAN
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
KEBURUKAN
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).

Wednesday, October 20, 2010

:: Telur owh Telur ::

Assalamualaikum WBT...


Renung-renungkan lah wahai sahabatku...


Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang. Depa ni pemborong telur di mana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.
 



Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.
 

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..
 
psst: suka makan telur... :p

Saturday, October 16, 2010

:: AXE Gurl Gone Wet @ Sunway Pyramid ::

"COME ON GUYS.. DON'T BE SHY.. COME OVER AND GET THIS AXE PRODUCT PROMO.. BRING YOUR CAR OVER TO GET WASHED FOR FREE BY OUR HOT GURL HERE.. SAMBIL CUCI KERETA, KITA CUCI MATA!!!"

Bukan main happening lagi event yg diadakan di Sunway Pyramid tadi sempena promotion AXE (deodorant kot). Tapi yang pasti, kebanyakan penontonnya adalah lelaki aku tumpang lalu jer.. hahahaha. Aku tengok dari jauh jer, x berani nak dekat. Afraid of getting wet too.. ahaks!.. Sambil-sambil jual promote product diorang, sambil2 main air.. Sesiapa saja boleh join.. Aku? Tak pe lah kot.. Mcm agak kureng seswai plak utk aku join pegi main kejar-kejar dgn aweks-aweks tu sambil tembak pistol air.. kui kui...

Tapi aku kurang pasti dengan apa rasional di sebalik promosi mcm ni.. yang aku nampak ialah diorang cuba nk attract customer lelaki sebab product mereka ini adalah barangan lelaki! Maybe this is the main reason they have to wear sexy and 'wet'.. Tp sedih jugak la bila tengok ada beberapa orang remaja Melayu yang turut serta main air.. kejar2 dengan aweks-aweks seksi nie.. Dan kadang2 rasa malu jugak bila ada orang yang lalu lalang bawa anak2 kecil lalu kat situ.. agak2 apa la yang diorang pikir.. Ada macam-macam cara lagi pada aku utk mempromosikan barangan mereka, tapi ini dah macam stail orang putih dah..

















psst: niat nak amik gmbar skali dgn aweks2 tue... :p

Friday, October 15, 2010

:: Budget 2011 Highlights ::

 
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Following are the highlights of 2011 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Finance Minister, at the Dewan Rakyat today: 

* A mixed development project including affordable houses to be developed at a cost of RM10 billion in Sungai Buloh and is expected to be completed by 2025. 
* Another landmark project "Warisan Merdeka" which includes a 100-storey tower, the tallest in Malaysia, at a cost of RM5 billion to be completed by 2015. 
* Development of large-scale integrated Aquaculture Zones in Pitas, Sungai Telaga and Sungai Padas in Sabah as well as Batang Ai and Tanjung Manis in Sarawak with an allocation of RM252 million. 
* Allocation of RM135 million for basic infrastructure to encourage farmers participation in high value agriculture activities including swiftlet nests. 
* Extension of income tax deduction incentive for investors and income tax exemption for companies undertaking food production activities until 2015. 
* RM85 million to provide infrastructure facilities to facilitate construction of hotels and resorts in remote areas with the potential to attract tourists. 
* RM50 million to construct several shaded walkways in the KLCC-Bukit Bintang vicinity. 
* Development of world's first integrated eco-nature resort at a cost of RM3 billion by Nexus Karambunai in Sabah to commence next year. 
* Abolishing of import duty on 300 goods preferred by tourists and locals, at 5 to 30 per cent, to promote Malaysia as a shopping heaven in Asia. 
* RM119 million for the development of local content creation, hosting local content and unlocking new channels for content.
* Exemption of sales tax on all types of mobile phones. 
* RM850 million for infrastructure support to accelerate corridor and regional development. 
* RM411 million for research, development and commercialisation activity to be the platform for enhancing value-added activities across economic sectors. 
* Establishment of a Special Innovation Unit (UNIK) under the Prime Minister's Department with an allocation of RM71 million for next year to commercialise R&D findings by universities and research institutions. 
* RM200 million for the purchase of creative products such as high quality, locally-produced films, dramas and documentaries.
* Rate of service tax to be increased from five to six per cent. 
* Service tax to be imposed on paid television broadcasting services. 
* Strengthening the revenue collection system by increasing enforcement and audit as well as coverage on all parties that should be paying taxes. 
* Restructuring and strengthening of education and training with the sum of RM29.3 billion allocated for Education Ministry, RM10.2 billion (Higher Education Ministry) and RM627 million (Human Resource Ministry). 
* Establishment of Talent Corporation under the Prime Minister's Office in early 2011 to develop an expert workforce database as well as collaborate closely with talent networks globally.
* RM212 billion is proposed for the 2011 Budget which is 2.8 per cent higher than the allocation for 2010. 
* Of this, RM162.8 billion is for Operating Expenditure and RM49.2 billion for Development Expenditure. 
* Under the Operating Expenditure, RM45.6 billion is allocated for Emoluments, RM28.2 billion for Supplies and Services, RM86.4 billion is allocated to Fixed Charges and Grants. 
* RM1.4 billion for the Purchase of Assets while RM1.2 billion for Other Expenditures. 
* As for Development Expenditure, RM28.3 billion is allocated to the economic sector for infrastructure, industrial, agricultural and rural development. 
* RM15.5 billion allocated to the social sector, including education and training, health, welfare, housing and community development. 
* RM4.4 billion for development of the Security Sector, RM955 million for General Administration and RM2 billion Contigencies. 
* Federal Government revenue collection is estimated to increase 2.3 per cent to RM165.8 billion in 2011 compared with RM162.1 billion in 2010. 
* The Federal Government deficit for 2011 is expected to further decline to 5.4 per cent of GDP, compared with 5.6 per cent in 2010.
* For the Ministry of Education, a sum of RM6.4 billion is allocated for Development Expenditure to build and upgrade schools, hostels, facilities and equipment as well as uphold the status of the teaching profession. 
* RM213 million is allocated to reward high performance schools as well as for the remuneration of Principals, Head Teachers and Excellent Teachers. 
* The Government will increase pre-school enrolment rate to a targeted 72 per cent by end 2011 through additional 1,700 clases, strengthen the curriculum as well as appoint 800 pre-school graduate teachers. 
* The Government also allocates RM111 million for PERMATA programme including the construction of the second phase of Sekolah PERMATA Pintar school complex, 32 PERMATA Children Centres (PAPN) and financing operations of 52 completed PAPNs. 
* RM250 million allocated for Development Expenditure for religious schools, Chinese-type schools, Tamil national schools, missionary schools and Government-assisted schools nationwide. 
* Recognising the importance of Islamic education, the Government will provide assistance per capita for primary and secondary rakyat religious schools with an allocation of RM95 million. 
* To provide competent and quality teachers and instructors to better guide and educate students, the Government allocates RM576 million in the form of scholarships for those wishing to further their studies. 
* RM213 million is allocated to enhance proficiency in Bahasa Malaysia, strengthen the English language as well as streamline the standard curriculum for primary schools. 
* The Government will recruit 375 native-speaking teachers including from the United Kingdom and Australia to further enhance teaching of English. 
* The number of PhD qualified academic staff will be increased to 75 per cent in research universities and to 60 per cent in other public institutions of higher learning with an allocation of RM20 million. 
* Excise duty exemption be increased from 50 per cent to 100 per cent on national vehicles purchased by the disable. 
* Existing tax relief of up to a maximum of RM5,000 be extended to cover other expenses such as day care centre, cost incurred to employ caretakers for parents and other daily needs such as diapers. 
* Stamp duty exemption of 50 per cent be given on loan agreement instruments to finance first-time purchase of houses. 
* Full import duty and 50 per cent excise duty exemption was granted to franchise holders of hybrid cars. 
* Implementation of 1Malaysia Training Programme by Community Colleges, National Youth Training Institutes, Giat Mara and Industrial Training Institutes to commence in January 2011 with an allocation of RM500 million. 
* The establishment of National Wage Consultation Council as the main platform for wage determination. 
* The establishment of 1Malaysia Youth Fund with an allocation of RM20 million. 
* Monthly allowance for KAFA teachers will be increased to RM800 compared with RM500 currently.
* Increase in monthly allowance for the Chairman of JKKK and JKKP, Tok Batin, Chairman of JKKK Orang Asli and Chairman of Kampung Baru to RM800 compared with RM450 currently. 
* Increase in meeting attending allowance to all comittee members from RM30 to RM50. 
* Special Financial Assistance amounting to RM500 to be provided to all civil servants from Grade 54 and below, including contract officers and retirees. 
* The abolishment of the Competency Level Assessment or PTK to be replaced with a more suitable evaluation system by June 2011. 
* Extension of services of Pegawai Khidmat Singkat for an additional period of one year from December 2010. 
* Raising the amount of loan from RM10,000 to RM20,000 for additional works on low-cost houses for Support Group Two. 
* Raising the maximum loan eligibility to RM450,000 compared with RM360,000 currently, effective January 1, 2011. 
* Increasing the rate for Funeral Arrangement Assistance to RM3,000. 
* Allowing flexibility to self-determine fully-paid maternity leave not exceeding 90 days from the current 60 days subject to a total of 300 days of maternity leave throughout the tenure of service.
* Introduction of "Skim Rumah Pertamaku" which will provide a guarantee on down payment of 10 per cent for houses below RM220,000 for first-time house buyers. 
* To assist estate workers to own low-cost houses through a scheme managed by BSN. 
* Construction and repair of 12,000 houses nationwide particularly in Sabah and Sarawak with an allocation of RM300 million. 
* Establishment of a "1Malaysia Smart Consumer" portal. 
* Introduction of the Distribution of Essential Goods programme to standardise prices across areas. 
* Introduction of the Retail Shop Transformation Programme, Automotive Workshop and Community Market projects. 
* The launch of a Private Pension Fund in 2011. 
* The launch of Bumiputera Property Trust Foundation with the size of RM1 billion and syariah-compliant. 
* To assist children particularly those from the low-income group to excel academically, the 1MDB will provide multi-vitamins for primary school students. 
* Rebate of electricity bill payment for monthly consumption of below RM20 will be continued. 
* The toll rates in four highways owned by PLUS Expressway Berhad will not be raised for the next five years effective immediately. 
* A review of the current minimum bankcruptcy limit of RM30,000. 
* The application for Permanent Resident status may be submitted after five years of residence. 
* Providing four buses for Mobile Clinic. 
* Formulating a new development model for Orang Asli. 
* JHEOA will be restructured and strengthened as Jabatan Kemajuan Orang Asli.

psst: macam ada benda yg menarik dlm bajet kali ini....

Thursday, October 14, 2010

:: Lagu anak Indonesia - Menanam Jagung ::

Assalamualaikum WBT..

Good songs to share.. sesuai untuk guru-guru muzik sekolah rendah.. :)



:: Berhati - hati dengan Modus Operandi " Scam @ Pishing " ::

Assalamualaikum WBT..

Kisah benar yang terjadi dari seorang kawan kepada kawan...
Saya berharap apa yang berlaku pada my hubby tak berlaku pada kawan2 yang lain. Harap sebarkan kisah ini untuk ingatan kawan2. Pada hari Sabtu (9/10/10) lebih kurang pukul 1.30 pm, ada seorang lelaki call kononnya beliau dari MBF bahagian kredit card menanyakan my hubby ada tak call pihak MBF pagi tadi mintak increase credit limit . My hubby cakap mana ada. Orang tu tanya nama, IC, PHONE NUMBER semua sama kecuali alamat saja yang berbeza. Alamatnya dekat Kota Kinabalu, Sabah. Dia cakap “ Encik NI BERMAKSUD ADA ORANG LAIN PAKAI NAMA ENCIK. Orang TU DAH GUNA KAD KREDIT SEBANYAK RM 7800.  Katanya orang tu buat permohonan kad kredit pada bulan Mei. “ Orang MBF’ bagitau my hubby la ni orang ni dah bijak menipu. Suami saya terkejut bila dapat tahu orang dah pakai nama dia.

Kemudian dia bagi nombor telefon Bank Negara untuk menyiasat tentang hal ini. My hubby pun mengikut jer. Dia pun call ler nombor telefon yang kononnya Bank Negara. Orang yang menjawabnya bagi tahu my hubby dari rekod yang dia ada my hubby dah buat satu kesalahan besar..Pihak polis Singapura dah keluarkan waran tangkap menyatakan my hubby telah buat jenayah PENGGUBALAN WANG HARAM DI SINGAPURA. Orang dari “Bank Negara” tu cakap ‘Encik TAHU TAK YANG ENCIK DAH BUAT SATU KESALAHAN BESAR’. Hubby cakap MANA SAYA TAHU. Dia cakap kat my hubby TAK APA ENCIK JANGAN BIMBANG KITA AKAN SIASAT PERKARA NI DALAM MASA 3 HARI. JANGAN SEBARKAN PERKARA PADA ORANG LAIN NANTI MENGANGGU PROSES PENYIASATAN. Pastu dia minta semua nombor kad  kredit  dan kad atm yang dia ada . Yang peliknya my hubby mengikut jer apa yang dia suruh. (Bila saya bagitau perkara ni pada kawan saya mungkin my hubby dah kena pukau melalui suara).

"Orang Bank Negara” mengarahkan my hubby pergi ke ATM Maybank dan dia suruh tukar nombor kod mengikut nombor yang dia bagi. “ Orang  yang kononnya dari Bank Negara “ tu cakap setelah enter semua nombor kod  yang dia bagi penyata ATM tu kena destroy sebab tak nak orang lain tahu. Hairan bin ajaib kenapa my hubby ikut jer kata2 orang tu. Sebelum ni kalau ada orang call kononnya dari mana2 bank dan minta I/C ATAU AKAUN NO, dia  just ignore jer. My Hubby bagitau hal ni kat saya dan suruh rahsiakan perkara ni sampai hari Rabu . Tak boleh ada transaksi duit sehingga hari Rabu.

Pada pagi Isnin (11/10/2010), my hubby realized ada yang tak kena berkenaan dengan MBF Credit Card dan Bank Negara. Bila dia called phone no. yang orang tu bagi pada hari Sabtu ari tu semua nombor dah tak wujud. My hubby called pihak Bank Negara (no. dapat dari Telekom) memang sah  dia dah kena tipu. Duit dari akaun Maybank  sebanyak RM 1300 habis, dah kena kebas kat mamat2 tu.Nasib ler dalam Maybank tu tak banyak duit.  Satu kerja pulak kena called semua bank untuk blocked akaun bank dan  kad kredit.

Pihak Bank Negara mengarahkan my hubby buat laporan polis. Mengikut kata pihak polis bahagian Jenayah Komersil, tiap2 hari mereka terima aduan dari orang ramai berkenaan dengan penipuan licik dan terancang ini. Modus operandinya semua sama. Alamat dekat KOTA KINABALU, SABAH. Pastu nanti orang tu bagi nombor Bank Negara Malaysia.



psst: kena berhati-hati dengan semua orang.. pohon doa pada Allah semoga kita sentiasa dalam lindungan dari orang-orang yang zalim.. AMIN Ya Allah..

Wednesday, October 13, 2010

:: New Proton Inspira ::

Assalamualaikum WBT

Dapat email dari kawan ada kereta baru keluaran Proton akan keluar tak lama lagi.. sebelum ni dah pernah dengar dari member-member, tapi tak tau rupa dia macam mana.. :)

Pricing List (Not finalised yet):

PROTON INSPIRA

1.8MT – 79,XXX (not over 80K)
1.8 CVT – 84,XXX (heard)
2.0 CVT – 94,XXX (not over 95K)
2 years free service












psst: design mcm cantik.. mcm mitsubishi pon ada.. tp aku dh tak berpeluang utk beli kereta lagi dah.. haha..

:: Semangat Gotong Royong ::

Assalamualaikum WBT..

Susah nak cari sekarang semangat kerjasama kecuali kalau kita di kampung.. itu pun tak semua kampung yang sudi sama-sama ringan tulang.. tapi apa yang saya dapat lihat di kampung isteri saya, Perlop 1 mengkagumkan saya.. mereka sama-sama turun padang pasang khemah dan sebagainya... masing-masing buat kerja dengan cepat seperti esok kendurinya.. walhal ada lagi 3-4 hari sebelum kenduri kahwin itu berlangsung.. apa-apa pun, saya sangat respect pada mereka-mereka yang masih mengamalkan amalan gotong-royong seperti ini.. susah nk jumpa sekarang sbb rata-rata semuanya guna khidmat catering.. termasuk masa kenduri kawin saya dulu.. hehe..


psst: yang turun padang semuanya dah berumur.. yg muda? mana? huhu, dah tak de pelapis utk teruskan nnt...

Thursday, October 7, 2010

:: Anything may happen ::

Believe it or not, this thing can happen to us...