Assalamualaikum WBT...
Institut Jantung Negara (23.10.2010)
Ting tong....! Nombor giliran 9461 tiba setelah lebih 3 jam menunggu dalam kesejukan.. tak pe lah tunggu lama skit, janji doktor check patient betul-betul... nasib baik baby Yana tak meragam sepanjang menunggu di IJN..
Dr Haifa: Baby macam mana? Sihat?
Ayah & Mama Yana: Alhamdulillah... Eh, tapi baby ada batuk-batuk skit sebelum ni... dengan selsema sekali..
Dr Haifa: Tak bawak pegi hospital ke?
Ayah & Mama Yana: Tak, sebab sebelum ni ada di kampung, berpantang disana...
Dr Haifa: Ok, letak baby atas katil, saya nak check...
(Lepas doktor scan + check baby Yana...)
Dr Haifa: Saya nampak baby pnyer saluran darah tu dah semakin mengecil.. dan saya bimbang yang saluran itu akan tertutup terus jika kita tunggu lebih lama lagi.. so saya rasa kena BTS dengan segera.
Ayah & Mama Yana: erm, BTS tu dengan kata lain kena buat operation la doktor?
Dr Haifa: Yes. Doktor pakar akan masukkan satu tiub ke dalam salur darah itu bagi mengelakkan salur tu terus tertutup. Saya akan cuba call utk buat appointment sebab kalau tunggu doktor pakar lagi lambat.. So buat masa sekarang awak berdua just monitor baby. Kalau dia nmpk biru, cepat bawa ke IJN..
Ayah & Mama Yana: Bila operation tu doktor?
Dr Haifa: Ok, operation buat pada 22.11.2010 (Isnin)..
Ayah & Mama Yana: Agak-agak doktor lepas operation ni mcm mana plak ye?
Dr Haifa: Mngkin akan ada operation susulan.. maknanya, operation yang pertama ini bukan penutup bagi kes baby ini.. kemungkinan akan ada 2-3 operation lagi pada masa akan datang...
Ayah & Mama Yana: :( *Sedih....* Ok lah doktor, tak kisah la.. Janji anak kami selamat...
psst: Doakan agar baby Yana selamat menjalani pembedahan pada 22 hb November nnt.. amin Ya Allah...
0 comments:
Post a Comment