Tuesday, September 21, 2010

:: Raja Nurliyana Raudhah ::

Raja Nurliyana Raudhah.. itulah nama yang diberi utk puteri kesayangan kami yang ketika ini masih lagi berada di Hospital Ipoh akibat dari masalah jantung. Sama-samalah kita berdoa agar baby Yana cepat sembuh dan sihat selalu. Ayah dengan Mama tak sabar nak dukung peluk cium baby Yana nie. Sayang baby Yana. Muuuuuahhh!!!



12 Sept 2010, 4:30 am:

Mama mengadu perutnya sakit. Tidak lama kemudian, Mama cakap air ketuban dah pecah. Ayah pun cepat-cepat bersiap dan dibantu oleh Mak Long Fizah dan Tok. Masa tu muka Mama dah pucat menahan kesakitan. Ayah hanya mampu berdoa agar Tuhan dapat mengurangkan sikit penderitaan Mama.

12 Sept 2010, 8:00 am:

Ayah, Mak Long Fizah dan Tok menghantar Mama ke Hospital Sungai Siput. Mama dah berpeluh-peluh menahan sakit. Setiap 5 minit, Mama akan menjerit kesakitan, macam baby Yana akan keluar bila-bila masa sahaja. Sabar ye Mama….

12 Sept 2010, 9:00 am:

Ayah mendapat panggilan dari Hospital Sungai Siput memaklumkan bahawa Mama akan dibawa ke Hospital Ipoh dengan kadar yang segera. Ayah dah cuak. Masa tu ayah ada kt Pasar Pagi Sg Siput. Mama ada masalah ke? Sekali lagi Ayah berkejar ke Hospital Sg Siput. Menurut doktor, baby dalam kandungan seperti kecil dan perlukan khidmat pakar di Hospital Ipoh. Mama akan dihantar dengan ambulan ke sana.

12 Sept 2010, 10:00 am:

Mama dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan bukaan sudah 4cm. Kesian Ayah tengok Mama. Tapi Ayah tak boleh temankan Mama sebelum tiba waktu untuk Mama bersalin. Ayah, Mak Long Fizah dan Tok pun tunggu diluar dewan bersalin dengan perasaan yang berdebar-debar dan hanya doa kami yang menjadi peneman Mama di dalam dewan bersalin.

12 Sept 2010, 4:20 pm

Ayah dipanggil oleh nurse untuk masuk ke dalam dewan bersalin. Ayah diberi satu pakaian khas dan dibawa berjumpa dengan Mama yang masa tue menangis-nangis kesakitan. Kesian Mama. Doktor cakap lagi 2 cm baby Yana dah boleh keluar, sabar ye Mama…. Sikit je lagi… Ayah akan berada disamping Mama sampai Mama selamat lahirkan baby...

12 Sept 2010, 4:45 pm

Alhamdulillah, kami bersyukur padamu Ya Allah. Dengan linangan air mata dan persaan syukur kami menyambut kelahiran baby Yana ke dunia ini. Baby Yana yang comel ini mirip muka Mama dia. Comel sangat…..

12 Sept 2010, 6:30 pm:

Baby Yana dikeluarkan dari dewan bersalin. Tapi kenapa baby Yana ada dalam incubator? Perasaan Ayah makin tak keruan. Baby Yana dimasukkan ke dalam ambulan untuk dibawa ke bangunan hospital yang lain (wad kanak-kanak). Hati Ayah berdebar-berdebar. Baby Yana ada masalah ke? 



Tidak lama kemudian, Ayah diberitahu oleh doktor yang baby Yana kemungkinan ada masalah jantung. Lidah Ayah kelu...... Doktor menyarankan agar baby Yana dibawa berjumpa dengan satu-satunya doktor pakar jantung kanak-kanak di Ipoh, iaitu Dr. Chiew untuk mendapatkan lebih penjelasan. dan pemeriksaan. Sekali lagi baby Yana dibawa menaiki ambulan ke KPJ Specialist Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor pakar mengesahkan bahawa salah satu saluran darah dari jantung ke paru-paru baby Yana sempit. Jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera, besar kemungkinan, saluran tersebut boleh tertutup dengan sendiri, dan mengakibatkan darah tidak dapat mengalir ke paru-paru yang mana ia boleh menyebabkan kematian! Sekali lagi lidah Ayah terkelu…..  Selain dari itu, doktor juga memaklumkan bahawa terdapat satu lubang kecil pada jantung baby Yana. Ya Allah, Engkau selamatkanlah anakku.. Kasihanilah anakku yang masih kecil ini…

Di akhir pemeriksaan doktor, doktor menyarankan agar pihak hospital berhubung dengan IJN untuk tindakan selanjutnya. Dan hingga kini, baby Yana dimasukkan ke NICU Hospital Ipoh sambil ditemani oleh Mama yang masih dalam tempoh berpantang di dalam wad. Begitu besarnya pengorbanan Mama Yana. Setelah menyabung nyawa melahirkan baby Yana, kini terpaksa melalui tempoh berpantang sorang-sorang di hospital menjaga baby Yana.

22 Sept 2010 adalah temujanji kami dengan doktor pakar di IJN. Apa-apa pun, Ayah, Mama dan semua ahli keluarga akan sentiasa mendoakan agar baby Yana cepat sembuh.. Ayah rindu sangat nak berjumpa dengan baby Yana ni… Dan jugak Mama Yana yang dah lama berjauhan di Ipoh sana….



psst: Ayah dan family sentiasa berdoa agar baby Yana cepat sembuh.....

2 comments:

Anonymous said...

Insyallah sama-samalah kita berdoa hidup&mati ditangan Tuhan...Tetapi kita sebagai manusia perlu menerima dengan hati yang terbuka. Pengorbanan kebaikan kalian semua akan dibalas olehNya. Sentiasalah berdoa semoga kedua-duanya dilindungi olehNya.

ummi Eiz said...

my best wishes untuk korg berdue.. nanti aku tabah sikit, aku call anim..harap2 dia masih pakai no lame