Saturday, November 6, 2010

:: Kerana mulut...... ::

Assalamualaikum WBT..

Kita ni sebagai manusia biasa tidak dapat tidak daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengundang kontroversi  atau sesuatu yg kita lebih mesra dipanggil mengguris hati org lain kot.. ada pepatah mengatakan, kerana mulut badan binasa.. mulut, senjata yang cukup luar biasa.. nmpk biasa, tapi tajam.. salah guna boleh mengakibatkan perang besar.. setelah kajian mndalam yang dilakukan selepas 20 min browse internet, mngkin saya boleh kupas sesuatu disini..

Kadang-kadang manusia ni dia tidak tgk dengan siapakah mereka sedang bercakap.. adakah mereka sedang bercakap dengan GURU mereka kah? Atau dengan RAKAN mereka kah? Atau dengan ORANG TUA yakni IBU BAPA kita yang mana telah membesarkan kita dari kecik hingga kita boleh berdikari.. sekarang baru boleh rasa betapa mencabarnya menjadi ibubapa lepas ada anak sendiri ni dan rasa tak boleh balas jasa mama & ayah aku

Al Israa’ 17:23:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.

Dalam kitab suci Al-Quran sendiri dah bagitau betapa kita perlu menghormati ibubapa kita.. tak kira lah kalau kita cakap berhadapan atau tidak.. baik secara bertulis, jangan lah berkata-kata sesuatu yang boleh mengguris hati mereka. Dan jagalah perasaan mereka walaupun mereka ada buat sesuatu yg kita tidak suka. Itu adalah tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada didunia ini.. Ya Allah, panjangkanlah usia IbuBapa kami dan lindungilah mereka dari segala yang tidak baik semasa di dunia ini Ya Allah. Amin.

Berbalik kepada adab berkata-kata dengan rakan-rakan pulak.. apa yang saya nampak ialah rakan-rakan ni kadang-kadang ada yang jenis suka bergurau.. cakapnya tak pernah serius.. ada sahaja yang hendak dibuat lawak.. orang jenis ini pada saya kena berhati-hati dengan apa jenis lawak yang hendak dibuat.. kena tgk orang dan tgk masa samada sesuai atau tidak.. silap aribulan, lawak atau gurauan yang dibuat akan mengundang perbalahan yang kita tak nak berlaku.. so kena berpada-padalah kot ye.. tapi tak boleh serious sangat.. sbb petua awet muda ialah ketawa..  so senang citer, pikior dulu sblm bercakap yang mana saya pon kadang-kadang terlepas cakap jugak.. hehe.. tak pe, belajar dari kesilapan..

Wahai kawan-kawan semua, fikirlah sejenak bahawa kita semua sama sahaja di sisi-Nya... yang beza hanyalah amalan kita sebagai khalifahnya.. tiada faedah pun jika hendak menyakitkan dan menyindir hati orang lain.. Namun, andai kata jika kita terkena sindiran orang itu, jangan lah pula kita cepat melatah.. renung-renungkan dan fikirkan mana silap kita.. adakah benar kita yang buat sesuatu kesalahan hinggakan orang lain yang nmpak, tapi kita tak sedar.. jadikan kesilapan itu sebagai iktibar dan jangan lah menuding salah kat orang lain atau menyalahkan orang lain..


Ampun maaf di pinta jika tulisan saya ini ada mengguris hati yang membaca.. niat utk membetulkan diri sendiri dan sebagai peringatan kepada yang lain..

psst: ada baiknya jika kita kurangkan bercakap dan banyakkan zikrullah... :)

0 comments: