Tuesday, November 2, 2010

:: Sesi terapi baby Yana bersama Tn Haji Nazmi @ Putrajaya ::

Assalamualaikum WBT..

Setelah beberapa minggu buat appointment, akhirnya berjaya juga kami bawa baby Yana  jumpa salah seorang kawan ayah yang sebelum ini pernah mengubati penyakit-penyakit kronik pesakit dengan cara terapi. Aku berharap sangat dengan terapi yang dijalankan oleh beliau insya-Allah akan dapat menyembuhkan sakit baby Yana.

Menurut Tuan Haji Nazmi, sakit baby Yana masih tidak kronik berdasarkan muka baby Yana yang tidak pucat sangat dan nampak ceria. Sebelum memulakan rawatan, Tn Haji akan membacakan ayat-ayat suci al-Quran seperti Selawat, Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah 3 Kul dan beberapa ayat al-Quran lain. Kemudian dia mula berikan baby Yana satu ubat yang mana dengan izin Allah dapat membantu memulihkan sakit baby Yana. Menurut kata Tn Haji, dia belajar teknik tenaga ini dengan seorang doktor dari Kedah kalau tak silap aku ler

:: Doa Nabi Muhammad ketika selesai membaca Al-Quran ::


 



Menurut Tn Haji, kami sebagai Ayah dan Mama baby Yana kena amalkan perkara ini semasa di rumah. Yakin dengan kuasa dan izin ALlah SWT, semoga baby Yana sihat dan sembuh tanpa perlukan pembedahan. Insya-Allah.. Amin..

psst: badan baby Yana wangi lepas sapu ubat terapi.. best cium dia.. :)

0 comments: