Assalamualaikum WBT..
Something great to share about Hari Guru.. :)
PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
LAGU TEMA HARI GURU
PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN
Informasi kini di hujung jari
Cabaran mendidik semakin tinggi
Kita perlu sedia berubah dan berhijrah
Mencorak bangsa di arus zamannya
Guru bestari penggerak wawasan
Melahirkan generasi terbilang
Menguasai ICT menjana nilai budi
Merentas sempadan globalisasi
*
Demi agama, bangsa dan negara
Satukan hati dan semangat waja
C/o
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Budaya teknologi marilah semarakkan
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Menjamin kualiti merintis kejayaan
(Ulang * dan C/o)
Semoga keikhlasan diberkati
Lagu dan gubahan muzik
Rosman Adam
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor
0 comments:
Post a Comment