PENGENALAN REKACIPTA
Reka cipta ialah proses menghasilkan produk baru untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh manusia. Pernahkah kamu terfikir mengapakah perkakasan dan alatan seperti radio, televisyen, komputer, dan cerek elektrik dicipta? Manusia mereka dan mencipta perkakasan dan alatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
Kamu sebagai pelajar juga perlu mencetuskan idea-idea baru yang bernas, bijak, atau yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Dalam proses mereka cipta atau membuat inovasi, aspek mereka bentuk produk yang dihasilkan merupakan suatu keperluan utama. Selain perlu berfikir untuk menjana idea kreatif, kamu perlu memikirkan beberapa aspek utama yang berkaitan reka bentuk seperti yang berikut.
1.Apakah fungsi produk yang kamu bina?
2.Bagaimana rupa bentuk produk kamu?
3.Apakah bahan yang digunakan?
4.Bagaimana cara membinanya?
5.Bagaimana tahap ketahanannya?
6.Apakah jenis pengubahsuaian yang perlu dilakukan?
Kosa kata:
Kreatif ialah sifat yang dapat melahirkan idea untuk mengatasi sesuatu masalah.
Inovatif pula ialah sifat yang dapat mengubah suai sesuatu rekaan menjadi lebih baik.
Contoh Aktiviti 1: Melakar Bnetuk Asas Objek.
Alatan: Pensel, getah pemadam.
1. Hasilkan lakaran bentuk-bentuk asas geometri kiub, kuboid, prisma, sfera, piramid, kon, dan silinder dengan menggunakan pensil tanpa menggunakan pembaris.
2. Labelkan nama lakaran yang kamu hasilkan.
Contoh Aktiviti 2: Membina Objek Berdasarkan Bentuk Asal.
Alatan : Kertas, plastisin, span, tanah liat, kertas nota.
1. Bentuk kumpulan yang terdiri daripada lima hingga enam orang murid. Lantik seorang ketua kumpulan dan seorang setiausaha. Namakan kumpulan kamu.
2. Adakan perbincangan untuk memilih lakaran yang sesuai.
3. Alas meja dengan surat khabar lama. Sediakan plastisin secukupnya.
4. Bekerjasamalah untuk membentuk objek berpandukan lakaran yang telah dipilih.
5. Adakan perbincangan sebagai persediaan untuk mempersembahkan hasil objek kepada kelas.
0 comments:
Post a Comment