Friday, January 22, 2010

~ Kelebihan berselawat ~

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku:

****Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

****Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

****Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu.

****Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.Ingatlah wahai sahabat semua,betapa sayangnya Rasulullah s.a.w terhadap umatnya. Sebelum baginda wafat, perkataan yang disebut oleh Baginda ialah umatku, umatku, umatku. Setelah Baginda dibangkitkan dari kubur di akhirat kelak, soalan yang pertama ditanyakan kepada malaikat ialah berkenaan dengan umatnya...dimana umatnya dan bagaimana keadaan umatnya.Salahkah kita untuk kita mengingati dan menyayangi orang menyayangi kita? Rugikah kita? Kejamkah kita? Andainya kita tahu mahu tergolong dikalangan orang orang yang rugi dan kejam, berselawatlah ke atas Baginda Rasulullah s.a.w.

Sunday, January 10, 2010

.: Dikir Barat- Festival Seni Universiti Malaya :.

Friday, January 8, 2010

.: Contoh Lesson Plan Muzik Selepas Posting :.

MASA: 8.40 - 9.40

TAHUN: 6 USAHA

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN MUZIK

ASPEK: Penghargaan Estetik

ITEM: 4.1 Nyanyian- Memberi respon warna ton, tekstur, tempo

HASIL PEMBELAJARAN: Aras 1) Membanding bezakan dengan konsep muzik dengan betul bagi dua buah lagu yang didengar.

Aktiviti: Murid mengenalpasti lagu melalui dua buah lagu yang dinyanyikan oleh mereka dengan konsep lagu yang berbeza.

ABM: Radio, CD, Papan putih

REFLEKSI: Murid kelihatan gembira dengan altiviti yang dilakukan oleh mereka.

Wednesday, January 6, 2010

.: Berdoalah kepada Orang Tua Kita :.

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... . nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...Justify Full

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah. Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah.
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......