Friday, April 29, 2011

:: Jalan-Jalan Pegi Pasar Pagi Shah Alam ::

Assalamualaikum WBT


Asalnya jalan2 nak cari 'selipar', sbb ada orang mengidam.. ada la jumpe yang sama, tapi tak berapa serupa.. janji jumpe.. daripada tak jumpe langsung kan? huhuhu
Tengok kain ke kak? Pilih la yg mana berkenan..




Makan pagi dulu...


balik dari jalan-jalan cari pasal kat Shah Alam, balik singgah Mydin plak.. ada janji dgn adik angkat wife.. orang Johor.. nak kawin weekend ni... macam tak dapat nk balik kot Johor.. tapi insya-Allah, kenduri kat Kelana Jaya kami akan sampai.. :)


Semua berebut nak dukung bby Yana :)


Thursday, April 28, 2011

:: Nota KH (Year 6)- Peraturan Dan Keselamatan Di Bengkel ::

1.1Peraturan dan Keselamatan

1. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
2. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-

(i) Keselamatan am

(ii) Keselamatan diri dan rakan

(iii) Keselamatan alatan dan bahan

1.2 Keselamatan Am

1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut mestilah pendek dan kemas.
3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

1.3 Keselamatan Diri dan Rakan

1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,
3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.
4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.
6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH.
7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.
8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.

1.4 Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.

1.5 Rutin Bengkel Kemahiran Hidup


Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik.

Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta selamat.

Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Murid dapat menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa masing-masing.

1.6 Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KH

1. Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik.
2. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
3. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.
4. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan.
5. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.

1.7 Alat Bantuan Kebakaran

1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.
2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan.
3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.

Label Alat Pemadam Api

Bahan & Punca Kebakaran

A
Air / bagi punca kebakaran kayu, sampah dan plastik

ABC
debu kering / bagi semua jenis kebakaran

Sunday, April 24, 2011

:: Hoki (MSSD) Petaling Perdana 2011 ::

Stadium Hoki, Pandamaran - Tahniah pada pasukan hoki SK Seafield 3 kerana berjaya merangkul gelaran JOHAN KUMPULAN A pada 20 hb April 2011. Semoga perlawanan seterusnya yg akan diadakan pada 26 April (Selasa) ini akan terus berjaya hingga ke peringkat yg seterusnya. TAHNIAH sekali lagi!!!





Friday, April 8, 2011

:: (Lagu Kanak-Kanak) Lagu Tiga Kupang ::





LAGU TIGA KUPANG

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung

:: Montaj Mesyuarat PIBG SK Seafield 3 (2011) ::


Enjoy!!!

Monday, April 4, 2011

:: Kisah Kasih Ibu ::

Misi Gempa Bumi


FOTO ASLINYA



Sunday, April 3, 2011

:: Nota Kemahiran Hidup- Elektrik Dan Elektronik (4/4/2011) ::

ALATAN MEMOTONG

1. Playar Muncung Tirus
a.     Untuk memotong wayar dengan menggunakan mata pemotong
b.     Untuk mengbengkokkan kaki komponen, membentuk dan memotong dengan menggunakan bahagian rahang.



2.    Playar Gabung
a.     Untuk memotong dengan menggunakan mata pemotong
b.     Untuk mengapit dan membentuk wayar dengan menggunakan bahagian rahang.



3.    Playar Kacip
a.     Untuk memotong dan menjalur wayar



ALATAN MENJALUR

1.    Penjalur Wayar & Pisau Lipat
a.     Untuk menjalur penebat wayar dan memotong wayar





ALATAN MELUBANG
1.    Gerimit
a.     Untuk membuat lubang pandu skru pada permukaan yang lembut dengan memusing mata gerimit arah ikut jam dengan cermat.



2.    Gerudi Tangan
a.     Untuk membuat lubang pada permukaan kayu.



BAHAN ELEKTRONIK

1.    Bongkah Penyambung
a.    Digunakan untuk menyambung wayar dari satu tamatan ke satu tamatan yang lain.




2.    Pemegang Bateri
a.     Memegang bateri dengan kemas pada papan litar.




3.    Klip Buaya
a.     Memegang bahan-bahan yang ingin diuji, seperti besi, kayu dan lain-lain.


Kepada murid-murid Tahun 6 (SK Seafield 3), sila pastikan nota anda lengkap beserta dengan gambar yang saya uploadkan ini. Jika ada antara anda yang tidak berjaya untuk mencetak (print) gambar dari blog saya ini, anda bolehlah photostat mana-mana gambar yang berkaitan dari buku teks @ buku rujukan anda untuk ditampal di dalam buku nota KH masing-masing. Harap maklum.

- Cikgu Raja Firdaus - 


Info Tambahan (Kemahiran Hidup):