Sunday, December 27, 2009

.: PrizeLive.com :.

Assalamualaikum..

Another great thing to share with all!!!

Earn money by visiting this website!!!

~~ Click here to join ~~

.: Himpunan Doa-Doa Harian :.

Assalamualaikum...

Good things to share...

~~ Click here to download ~~

Wednesday, December 16, 2009

~ Anak Murid Yang Pandai ~

:: citer ini aku dapat dari kawan aku tadi.. seswai utk bakal-bakal guru bila posting kelak :)::


Anak Murid Yang Pandai


Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan satu soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut,
"Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab,

"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".

"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

:.12 Tip Elak Makan Banyak :.


Assalamualaikum WBT...

Rata-rata ramai yang kalah dengan 'permintaan perut'... Ada saja perasaan nk makan... Lebih-lebih lagi bila musim kenduri-kendara dankadang-kadang bila kita berada di rumah... sorang2... tiada kerja nak buat... boring.. apa lagi, makan je la jawab dia...!

Terdapat 12 tip cara kawal 'permintaan perut'


1. Jangan terlalu melayan perasaan ingin makan.

2. Makan lebih banyak sup.


3. Ambil makanan rendah kalori terlebih dahulu sebelum makan makanan yang tinggi kalori.


4. Guna piring atau pinggan yang lebih kecil.


5. Setiap kali makan, mulakan dengan sayuran atau buah-buahan.


6. Mulakan hari anda dengan sarapan.


7. Cuba yakini bahawa makan juga mempunyai tujuan iaitu untuk hidup. Bukan hidup untuk makan je.


8. Jika anda hadir ke majlis keraian atau majlis makan-makan, tanamkan dalam hati anda hadir kerana menziarahi kawan, sanak saudara dan bukannya untuk makan.


9. Jangan lupa bersenam. Buat sit-up semasa tengok TV pun dah kira bagus.


10. Elakkan minum minuman manis dan bergas.


11. Elak tidur selepas makan.


12. Kuatkan hati dan iman, pasti kita berjaya. Insya-Allah!

Sunday, December 13, 2009

.: People Beware :.

.: Kurang Ajar :.


Assalamualaikum WBT...

Memang tak patut dia tulis mcm tue. Dia yang tak tahu hujung pangkal cerita tetiba nak menyampuk. Kalau menyampuk dan tak sakitkan hati orang lain tak pe. Ini buat sakit hati orang lain bila baca komen yang dia tulis. Ini dah melampau.



Suami mana yang tak sakit hati bila baca dia tulis macam tu. Ini dah melibatkan hal peribadi rumahtangga aku yang mana orang luar tidak boleh masuk campur! Akhirnya aku terpaksa bersuara demi maruah isteri dan keluarga aku..




Thursday, December 10, 2009

.: 7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah ) :.


7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...<---suami yg cabar dulu kan nak cari isteri lain so isteri pun jawab lah 'KALAU BERANI CUBALAH'

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ...ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat isteri mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Sunday, December 6, 2009

.: Restoran Murni SS2, PJ :.


Assalamualaikum WBT..

Great place to makan-makan or hanging out with friends. Here they have a lot of weird type of food and drinks to choose and its delicious!!! Price? Quite reasonable... :)


:: Sebelum makan ::


:: Selepas makan ::


:: Menu kami- Chicken Chop Special (2 Slice Chicken + Cheese in the middle) & Manggo Juice ::




Saturday, December 5, 2009

.: Souvenir PC Fair :.


Assalamualaikum WBT...

PC Fair merupakan suatu aktiviti yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua kipas susah mati HARD DIE FAN gadget dan PC juga gamers... tp yang pasti, pengunjung yang datang, memang tidak terkira.. BERSEPAH!!! dari budak kecik sampai orang tua... foreigners pun ramai jugak yang datang...

Akkisah, pada 5hb Dec, aku pergi dengan Wira.. kononnya si Wira nak beli desktop yang canggih dan power macam power rangers.... so dia ajak le aku teman dia sambil-sambil beri consultation pasal benda-benda ni lah...

Banyak benda menarik yang ada disana... mmg tak rugi kalau pegi sana... tapi apa yang pasti, harga dia tak jauh bezanya dengan harga barang di Low Yat Plaza mahupun di Digital Mall... mungkin ada diskaun dan yang penting, bila kita purchase barang di PC Fair, kita akan dapat banyak FREE GIFT! macam contoh si Wira, dia beli desktop DELL.. processor Intel Core 2 Duo (2.9 MHz) dan mcm2 lagi yang power... pastu pakej dia termasuk monitor LCD flat brand DELL... mmg cun... Total harga dalam RM 2000 ++ shj... Mmg murah.. dan berbaloi-baloi!!!

Tapi ada satu yang aku tak puas hati dengan si Wira nie... nak dijadikan cerita, tengah kitorang jalan tengok barang, ada satu booth ni dia bagi souvenir mcm topi krismas... cute jugak la... tapi dia bagi satu sahaja... so aku amik la satu... wira dah jauh jalan ke depan dah... aku pada mulanya tak de la rasa macam nak pakai sangat... letak le kat leher dulu syle le kononnya... tetiba tanpa aku sedari, tiba-tiba si Wira ni tanpa segan silu terus mengambil 'topi' tersebut dari leher aku gaya peragut lagaknya... aku terus kekalkan kemachoan aku dengan tanpa berkata apa-apa dengan tindakan beliau itu...

Sampai di tingkat bawah, dengan riak dan takburnya, Wira pun pakai ler 'topi' tersebut sambil mencari-cari desktop idamannya.. TIBA-TIBA..............

Amoi: Hello sir!! Congratas!! You've been spot as the lucky one!!!
Wira: speachles...... and blur.....
Raja: dengki dan bengang.....
Amoi: Because you are keep supporting the HP by wearing this 'christmas cap', I'll gave you this lucky coupon. You bring this coupon and redeem a great prize at exit Hall #5. Good Luck!!
Wira: Thanks ya!!
Raja: dengki dan bengang.... lagi....

Kitorang pon terus mencari dimana terletaknya exit Hall #5 sambil aku sengaja mencari pasal dengan Wira sebab dia curi aku punya 'topi'... sampai kat redemtion counter, Wira kena cabut lucky number dan dia dapat no 4 yang mana hadiah dia merupakan chirstmas bear warna Pink! kalau dia cabut dapat nombor 1, pergh, lagi besar bear tuh... tinggi bear ada la dalam budak umur 6 tahun!

Lepas dari dapat hadiah tue, Wira memang tak henti-henti berlagak... pergh.... mulut dia mmg macam mak datin... pot pet pot pet.... aku menang... potpet pot.... kena pakai dengan iklas... potpet lagi.... ko sblm ni dah menang MP3 Samsung, bg aku menang plak... pot pet pot... dan mcm lagi....






:: Great pose and SEKSI ::



:: Amoi seksi aka model product ::




:: Wira bergambar bersama hadiah aku sebenarnya ::


p/s: tp ko mmg bertuah hari tue kan bai... :)

Thursday, December 3, 2009

.: Paper Toy Transformer :.

Assalamualaikum WBT.

Kepada semua bakal-bakal guru PSV, something great to learn... ENJOY!

Wednesday, December 2, 2009

.: Understanding Computer Techno :.

An alternative way on how we can understand about computer technology....

.: Keluar, breakfast dan FB's :.

Assalamualaikum WBT

Busan dok rumah... tak tahu apa benda yang berfaedah boleh dibuat selain dari surf internet hari-hari... selain dari makan dan tidur...

Awal pagi tadi mandi awal.. Wife aku mintak hantar dia pegi opis.. cian dia, mcm tak sihat.. nak suruh MC, tp beliau merupakan seorang pekerja yang baik dan komited terhadap kerjanya.. Keep it up!

Lepas hantar wife aku, pegi lepak breakfast dengan Wira kar Restoran Raya Arif, Subang USJ.. Pekena roti canai dan teh tarik segelas... Borak-borak panjang... tentang masa depan... dan macam-macam lagi... lama jugak.. ada la dekat 2 jam lepak sana.. al-maklumlah, lama tak jumpa.. bila lagi nak bergosip2...

Lepas lepak, ingat nk singgah Digital Mall, tp kedai tutup lg.. standart Low Yat bukak tengahhari.. nk tgk barang PC.. Wira nk order PC sebijik.. balik rumah dulu, sambung lepak main internet sorang-sorang plak... layan FB... ptg nanti skit kuar balik survey barang...


:: game yg aku selalu main bila bukak FB ::

bersambung.......

Tuesday, December 1, 2009

.: Ramalan Cuaca Pada 2/12/2009 :.


PAGI

1) N. Sembilan dan Selangor- Ribut petir di kawasan pantai.
2) Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Perak, Kedah dan Perlis- Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.
3) Negeri-negeri lain- Mendung.

4) Sabah (Semua bahagian)- Tiada hujan.


5) Sarawak (Sibu, Sarikei, Sri Aman, Samarahan, Betong dan Mukah)- Hujan di satu dua tempat.

6) Bahagian-bahagian lain Tiada hujan.

PETANG

1) Johor Barat, Melaka, N. Sembilan, Selangor dan P.Pinang- Ribut petir di satu dua tempat.
2) Negeri-negeri lain- Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.

3) Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman)- Ribut petir di satu dua tempat.

4) Kudat dan Tawau- Hujan curah/sementara di satu dua tempat.
5) Bahagian-bahagian lain- Tiada hujan.

6) Sarawak (Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Samarahan, Betong dan Mukah)- Ribut petir di satu dua tempat.

7) Bahagian-bahagian lain- Hujan curah/sementara di satu dua tempat.

MALAM

1) Selangor- Hujan di satu dua tempat.
2) Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Perak, Kedah dan Perlis- Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.
3) Negeri-negeri lain- Tiada hujan.

4) Sabah (Semua bahagian)- Tiada hujan.


5) Sarawak (Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Samarahan, Betong dan Mukah)- Hujan di satu dua tempat.

6) Bahagian-bahagian lain- Tiada hujan.