Wednesday, December 22, 2010

:: e-Penyata Gaji ::


Assalamualaikum WBT..

Kepada mereka-mereka diluar sana (yg keje gomen) yang tak tahu macam aku mulai bulan OCT 2010, slip gaji tidak akan dikeluarkan seperti biasa lagi dah menurut sumber2 yg bleh dipercayai.. semua pakai online dah..


Sila click link dibawah:

atau


Wednesday, December 8, 2010

:: Jalan-jalan @ MAHA 2010 ::

Assalamualaikum WBT

Balik dari Hospital Serdang cabut benang jahit operation baby Yana, singgah la sekejap kat ekspo MAHA 2010.. punya lah ramai orang kat sana.. dah alang2 sampai, pegi le menapak jugak ramai2..









Lupa diri bila tgk banyak buah-buahan kat sana.. Macam-macam ada.. Nak kata murah, x tau la.. x pernah compare plak pasal buah, tahu makan ajer.. Ada la beli buah mangga dan delima..




Tengah jalan2 tu, tetiba rasa dahaga la plak..

"Bang, air tembikai ni satu brape?"

"satu RM2..."

Mak aih, mahal btol.. tapi belasah je lah.. tapi lepas je minum, x de rasa tembikai langsung.. nak kata sirap, x jugak.. dah macam air mineral letak kaler merah jer.. dah la ais separuh gelas.. huhu, terkena aku..


psst: nyesal beli air tembikai sbb kt depan tue ada jual air kelapa RM1.. sedap plak tuh.. aduyai..

:: Harga minyak RON naik lagi ::

Assalamualaikum WBT.

Tak tau ler nk cakap apa.. cakap tak akan naik dah pasni.. tup tap tup tap, naik lagi.. baik tak payah cakap atau beri janji2 palsu.. sembang macam2, tapi last2 lain plak jadinya.. 

Berita Akhbar KOSMO (3 Nov 2010)


Cakap harga minyak kekal? apa cerita?
psst: cakap tak serupa bikin....

Wednesday, December 1, 2010

:: What if ::


VS
 
 


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the  bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!


psst: nak kena make sure kita pandai dan baca al-Quran sebelum nak suruh anak kita baca....

Saturday, November 27, 2010

:: Baby Yana semakin ceria ::

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, selepas beberapa hari lepas baby Yana bertarung dengan sakit, akhirnya hari ni baby Yana semakin sihat. syukur ya Allah. ayah Yana baru balik dari melawat di IJN, dia dah mula kembali normal. nangis... tido... minum susu... nangis... dan tido.. hehe, kembali macam baby Yana sebelum operation. walaupun kadang-kadang muka baby Yana ada nampak kebiruan doktor mmg dah maklum kan benda ni tapi jelas kelihatan baby Yana semakin kuat dan sihat. badan dah semakin berisi. semoga baby Yana cepat sembuh ye.

tadi pagi doktor dah cabut semua tiub yang melekat kat badan baby Yana. tinggal satu je lagi tiub yg ada kat leher baby Yana. kesan jahitan masih terang akibat dari pembedahan yang lepas. baby Yana tahan skit ye sakit tuh.

ini adalah gambar terbaru baby Yana semasa ayah Yana dok pangku nak tido kan dia.. :)


psst: esok ayah Yana nk pegi Penang, hantar ateh daftar politeknik. baby Yana jaga diri baik2 ye. dok dgn mama Yana dulu. nanti ayah balik!!! :)

Thursday, November 25, 2010

:: Kursus Pengurusan SUkan @ Marina Cove, Lumut ::

Assalamualaikum WBT

Tengah2 elok-elok aku surf FB, ada terADD sorang bro kita yg mana dia ni jgk pegi kursus yang sama dan dia ni jugak lah yg mnjadi jurugambar tak rasmi kitorang sepanjang kursus tersebut.. memandang kan camera yg digunakan sgt canggih DSLR beb maka aku tanpa segan silu trus mencari dlm profilenya kot2 ada la dia upload gmbr aku.. hehe, ada la sekeping dua.. thanks to bro Azham..

: Salah seorang peserta yg mengalami kecederaan semasa latihan amali (patah tulang paha kanan) semoga beliau cepat sembuh juga :
: Peserta Kursus Pengurusan Sukan 2010 :
: Salah seorang peserta yg MANTOP hahaha, poyos :

:: Anak aku selamat menjalani operation ::

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur sangat kepadamu ya Allah anak aku Raja Nurliyana Raudhah selamat menjalani pembedahan pada hari rabu yang lalu. pembedahan selama 4 jam itu cukup mencemaskan kami sekeluarga. namun akhirnya kami dapat menarik nafas lega apabila doktor memberitahu bahawa baby Yana selamat dan mungkin akan keluar dari wad dalam 2-3 hari lagi bergantung kepada tahap kesihatan baby Yana. 

Semalam masa datang melawat baby Yana dia dah mula sedar dan dah mula start nangis-nangis. ada beberapa kali baby Yana senyum... CUTE sangat.. ayah & mama sayang baby Yana.. lega rasanya dapat tengok sendiri baby Yana boleh main2. sama-sama kita doakan baby Yana cepat sembuh, amin ya Allah..

:: What is volume? ::

Monday, November 22, 2010

:: Result KOAM OCT 2010 ::

Assalamualaikum WBT,

Syukur alhamdulillah... Aku LULUS!!!! hahah.. berjaya juga aku dalam peperiksaan KOAM (Teori) yg dijalankan pada bulan OCT yg lepas.. sebelum ni pernah ambil sekali masa belajar kat maktab perguruan Islam, selangor.. tapi masa tu malas.. siap ponteng kursus lagi.. last2 menyesal.. hahaha.. 

so tanak pisang berbuah dua kali, aku tekad ambil semula kursus ni masa tu wife berpantang kat kampung, exam plak buat hari minggu.. kepala otak nk balik je tgk anak bini.. huhu sepanjang kursus dah tak ponteng dah.. dan akhirnya, alhamdulillah, lepas jugak.. tahniah pada diri aku.. :p


psst: baby Yana nk kena operate tghhari ni.. Ya Allah, selamatkan lah anak aku itu..

Tuesday, November 16, 2010

:: Kursus yang menggemukkan ::

Assalamualaikum WBT..

Kursus yang enjoy, tp menggemukkan.. kursus pengurusan sukan anjuran jabatan pelajaran selangor yang diadakan di Marina Cove Resort, Lumut selama 4D3N merupakan antara kursus yang bnyak memberi manfaat kepada aku sebagai guru PJ.. :) tapi klu bab makan, mmg kalah beb.. PJK= Perut Jauh Kehadapan.. sekali makan, ya ampun.. penuh pinggan.. last2 lepas dari kursus, badan naik.. skang trauma tgk perut sendiri..

tak cukup dengan tue.. trauma nk buat long jump.. ada member (rakan kursus) yang mengalami kemalangan semasa membuat aktiviti praktikal di stadium manjung, lumut.. beliau mengalami patah tulang di bahagian paha yang mana ia berlaku betul2 depan mata aku.. pergh, nasib baik tak terjadi pada aku.. syukur ya Allah..







Saturday, November 6, 2010

:: Kerana mulut...... ::

Assalamualaikum WBT..

Kita ni sebagai manusia biasa tidak dapat tidak daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengundang kontroversi  atau sesuatu yg kita lebih mesra dipanggil mengguris hati org lain kot.. ada pepatah mengatakan, kerana mulut badan binasa.. mulut, senjata yang cukup luar biasa.. nmpk biasa, tapi tajam.. salah guna boleh mengakibatkan perang besar.. setelah kajian mndalam yang dilakukan selepas 20 min browse internet, mngkin saya boleh kupas sesuatu disini..

Kadang-kadang manusia ni dia tidak tgk dengan siapakah mereka sedang bercakap.. adakah mereka sedang bercakap dengan GURU mereka kah? Atau dengan RAKAN mereka kah? Atau dengan ORANG TUA yakni IBU BAPA kita yang mana telah membesarkan kita dari kecik hingga kita boleh berdikari.. sekarang baru boleh rasa betapa mencabarnya menjadi ibubapa lepas ada anak sendiri ni dan rasa tak boleh balas jasa mama & ayah aku

Al Israa’ 17:23:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.

Dalam kitab suci Al-Quran sendiri dah bagitau betapa kita perlu menghormati ibubapa kita.. tak kira lah kalau kita cakap berhadapan atau tidak.. baik secara bertulis, jangan lah berkata-kata sesuatu yang boleh mengguris hati mereka. Dan jagalah perasaan mereka walaupun mereka ada buat sesuatu yg kita tidak suka. Itu adalah tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada didunia ini.. Ya Allah, panjangkanlah usia IbuBapa kami dan lindungilah mereka dari segala yang tidak baik semasa di dunia ini Ya Allah. Amin.

Berbalik kepada adab berkata-kata dengan rakan-rakan pulak.. apa yang saya nampak ialah rakan-rakan ni kadang-kadang ada yang jenis suka bergurau.. cakapnya tak pernah serius.. ada sahaja yang hendak dibuat lawak.. orang jenis ini pada saya kena berhati-hati dengan apa jenis lawak yang hendak dibuat.. kena tgk orang dan tgk masa samada sesuai atau tidak.. silap aribulan, lawak atau gurauan yang dibuat akan mengundang perbalahan yang kita tak nak berlaku.. so kena berpada-padalah kot ye.. tapi tak boleh serious sangat.. sbb petua awet muda ialah ketawa..  so senang citer, pikior dulu sblm bercakap yang mana saya pon kadang-kadang terlepas cakap jugak.. hehe.. tak pe, belajar dari kesilapan..

Wahai kawan-kawan semua, fikirlah sejenak bahawa kita semua sama sahaja di sisi-Nya... yang beza hanyalah amalan kita sebagai khalifahnya.. tiada faedah pun jika hendak menyakitkan dan menyindir hati orang lain.. Namun, andai kata jika kita terkena sindiran orang itu, jangan lah pula kita cepat melatah.. renung-renungkan dan fikirkan mana silap kita.. adakah benar kita yang buat sesuatu kesalahan hinggakan orang lain yang nmpak, tapi kita tak sedar.. jadikan kesilapan itu sebagai iktibar dan jangan lah menuding salah kat orang lain atau menyalahkan orang lain..


Ampun maaf di pinta jika tulisan saya ini ada mengguris hati yang membaca.. niat utk membetulkan diri sendiri dan sebagai peringatan kepada yang lain..

psst: ada baiknya jika kita kurangkan bercakap dan banyakkan zikrullah... :)

:: Stroller & baby carrier baby Yana ::

Assalamualaikum WBT,

Jumaat lepas, ayah Yana sempat pegi jalan-jalan ke Puchong sebab ada Warehouse sale barangan baby. Macam-macam ada kat sana. Pendek kata, sapa yang ada duit lebih, boleh ler beli macam-macam peralatan dan permainan utk anak-anak. sebab memang murah.. stroller serendah RM40 ringgit pon ada jual. dan kalau nak yang mahal pon ada jugak.. :) kalau sesaper yang rasa tak der nak buat apa2 plan weekend ni, boleh le kot singgah sahur di sana skjap.. 

Iklan dan map warehouse sale

Berikut adalah beberapa barang yang ayah Yana sempat rembat sepanjang hampir 2 jam berada disana sbb org terlampau ramai masa tuh.. lagipon nk kejar solat jumaat lagi..

::Baby Carrier cum car seat::

:: Stroller::
psst: kadang-kadang untung klu beli barang2 masa warehouse sale mcm ni.. murah yg teramat sangat.. :)

Friday, November 5, 2010

:: Delete post kat wall FB ::

Assalamualaikum WBT..

Ada kawan tnya macam mana nak delete post yang kita dah tulis kt wall FB.. payah jugak kalau terangkan pakai tulis-tulis jer sbb tak berapa nampak.. last2 aku upload skit gmbr kasi lebih nampak.. boleh ar bai...? :p


psst: klu tak boleh jgk, ko bagi je lah password ko kt aku, aku login dan tlg deletekan.. hehehe...

Wednesday, November 3, 2010

Assalamualaikum WBT..

Beberapa tip berguna utk membeli rim/tayar

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci, cik INA kita pakai standard 15 kan ...tuk cantik dan handeling baik  tukar ke 16 ler..  Wink Wink kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit. 



2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi, apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar dipasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada: 4001 bermaksud tayar tersebut dikilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.

Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi. 

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16. maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas, tetapi apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi, kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.


5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama ini tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

psst: plan nk tukar GL aku ke sport rim saiz 17'.. nk buat sebijik mcm IMPUL.. huhu

Tuesday, November 2, 2010

:: Baby Yana dapat hadiah lagi ::

Assalamualaikum WBT..

Hari Ahad yg lepas, rumah ku diserbu oleh > 3 buah keluarga untuk datang melawat baby Yana... :) sangat meriah.. tapi nasib baik la cukup-cukup ruang untuk semua masuk dalam rumah.. huhu.. ni yang rasa macam nak cari rumah besar skit nih.. hahah

Baby Yana masa tu plak sangat sopan dan baik.. x de meragam.. hehe.. dia tahu kot org datang nak tgk dia.. 

*cayang baby Yana*

oleh sebab baby Yana baik hari tu, maka dia dapat hadiah!!!

:: Hadiah baby Yana ::
:: Anak-anak Cik Pah ::

:: Hari Baby pakai baju warna hijau ::
:: Baby Yana tdo jer... comel.. :p ::
 psst: cuti skolah ni tak tau nk plan buat apa.. huhu.. jadi baby sitter kot.. :p


:: Sesi terapi baby Yana bersama Tn Haji Nazmi @ Putrajaya ::

Assalamualaikum WBT..

Setelah beberapa minggu buat appointment, akhirnya berjaya juga kami bawa baby Yana  jumpa salah seorang kawan ayah yang sebelum ini pernah mengubati penyakit-penyakit kronik pesakit dengan cara terapi. Aku berharap sangat dengan terapi yang dijalankan oleh beliau insya-Allah akan dapat menyembuhkan sakit baby Yana.

Menurut Tuan Haji Nazmi, sakit baby Yana masih tidak kronik berdasarkan muka baby Yana yang tidak pucat sangat dan nampak ceria. Sebelum memulakan rawatan, Tn Haji akan membacakan ayat-ayat suci al-Quran seperti Selawat, Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah 3 Kul dan beberapa ayat al-Quran lain. Kemudian dia mula berikan baby Yana satu ubat yang mana dengan izin Allah dapat membantu memulihkan sakit baby Yana. Menurut kata Tn Haji, dia belajar teknik tenaga ini dengan seorang doktor dari Kedah kalau tak silap aku ler

:: Doa Nabi Muhammad ketika selesai membaca Al-Quran ::


 



Menurut Tn Haji, kami sebagai Ayah dan Mama baby Yana kena amalkan perkara ini semasa di rumah. Yakin dengan kuasa dan izin ALlah SWT, semoga baby Yana sihat dan sembuh tanpa perlukan pembedahan. Insya-Allah.. Amin..

psst: badan baby Yana wangi lepas sapu ubat terapi.. best cium dia.. :)

Thursday, October 28, 2010

:: Pengorbanan ::

Assalamualaikum WBT...

Baru beberapa hari aku menjalani hidup yang luar biasa sebagai AYAH bersama baby Yana, baru aku faham betapa sukarnya menjaga anak... dan betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membesarkan anak.. lebih-lebih lagi bila anak kita yang masih kecil itu telah diduga sejak lahir dengan masalah jantungnya itu... setiap pagi dalam pukul 2-3 pagi baby Yana akan mula meragam.. dia macam tak boleh nak tidur.. kalau mata dia tak boleh tutup saja tak pe, tapi baby Yana siap ada mengeluarkan bunyi khas Dolby Surround System... huhu... dia punya suara masa nangis memang cukup power.. tapi kesian bila tengok dia nangis plak.. muka dia akan berubah warna merah.. pastu klu lagi lama dia nangis, muka dia akan berubah jadi biru.. :( 

*sayang baby Yana*

so, bermula lah pengembaraan kami suami isteri menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan bagi baby Yana susu, dodoikan anak, check tgk lampin basah atau tak & last but not least, nyanyi lagu "Aku Burung Tiong" sbb menurut kata mama Yana, mulut baby Yana macam burung bila dia nak susu.. muncung.. :p hehehe dan tugas aku sebagai ayah Yana.... TIDO.. *pengsan*

tapi sejak 2-3 hari lepas, aku mmg kena bangun awal.. lagi kesian dengan mama Yana.. lagi awal kena bangun.. siap tak cukup tidur lagi.. dari pukul 2 pagi dia berjaga.. sampai la waktu subuh.. dah la dengan dia sakit-sakit badan.. kesian mama Yana.. ayah Yana sangat hargai pengorbanan yang dilakukan oleh mama Yana.. dengan tak cukup rehatnya.. sigh.. nanti baby Yana dah besar ayah nk bgtau balik mcm mana besarnya pengorbanan mama Yana pada baby Yana tau.. 

*sayang baby Yana*

dan ayah Yana pulak pasni kena la belajar2 kurangkan tidur tu.. nak kena dodoikan baby Yana sampai dia lena.. memang kena ada kerjasama antara ibu-bapa dalam proses membesarkan anak.. Insya-Allah, ayah Yana akan berusaha untuk bersama-sama berjaga malam dengan mama Yana.. :)


psst: tgh mencari susu tepung yang sesuai utk baby Yana...

Tuesday, October 26, 2010

:: Kata Dr Haifa IJN... ::

Assalamualaikum WBT...

Institut Jantung Negara (23.10.2010)



Ting tong....! Nombor giliran 9461 tiba setelah lebih 3 jam menunggu dalam kesejukan.. tak pe lah tunggu lama skit, janji doktor check patient betul-betul... nasib baik baby Yana tak meragam sepanjang menunggu di IJN.. 



Dr Haifa: Baby macam mana? Sihat?

Ayah & Mama Yana: Alhamdulillah... Eh, tapi baby ada batuk-batuk skit sebelum ni... dengan selsema sekali..

Dr Haifa: Tak bawak pegi hospital ke?

Ayah & Mama Yana: Tak, sebab sebelum ni ada di kampung, berpantang disana... 

Dr Haifa: Ok, letak baby atas katil, saya nak check...

(Lepas doktor scan + check baby Yana...)

Dr Haifa: Saya nampak baby pnyer saluran darah tu dah semakin mengecil.. dan saya bimbang yang saluran itu akan tertutup terus jika kita tunggu lebih lama lagi.. so saya rasa kena BTS dengan segera.

Ayah & Mama Yana: erm, BTS tu dengan kata lain kena buat operation la doktor?

Dr Haifa: Yes. Doktor pakar akan masukkan satu tiub ke dalam salur darah itu bagi mengelakkan salur tu terus tertutup. Saya akan cuba call utk buat appointment sebab kalau tunggu doktor pakar lagi lambat.. So buat masa sekarang awak berdua just monitor baby. Kalau dia nmpk biru, cepat bawa ke IJN..

Ayah & Mama Yana: Bila operation tu doktor?

Dr Haifa: Ok, operation buat pada 22.11.2010 (Isnin).. 

Ayah & Mama Yana: Agak-agak doktor lepas operation ni mcm mana plak ye?

Dr Haifa: Mngkin akan ada operation susulan.. maknanya, operation yang pertama ini bukan penutup bagi kes baby ini.. kemungkinan akan ada 2-3 operation lagi pada masa akan datang... 

Ayah & Mama Yana: :( *Sedih....* Ok lah doktor, tak kisah la.. Janji anak kami selamat...

psst: Doakan agar baby Yana selamat menjalani pembedahan pada 22 hb November nnt.. amin Ya Allah...

:: 27 – 31 October 2010 : RSH Sports Warehouse Sale ::

27 to 31 October 2010
RSH Sports Warehouse Sale


Huge Discounts!

  
Brands Offered:

Reebok
Nike
Adidas
Puma
Cat
Merrell
Umbro
iPanema
Rider
Speedo
 Wilson

Time: 10am – 7pm

 
Location (Tel: 603 5123 2668)

Lot 691 Kompleks Hamodal 5
Jalan Lagoon Selatan
Off Jalan Kewajipan
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

psst: great sale that I wouldn't miss every year... :p  

 

Friday, October 22, 2010

:: Pasangan tunang termuda di dunia ::

Assalamualaikum WBT...
DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.



Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.


Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.

“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.


“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.

Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.

“Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti,” tutur Juma.


Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

“Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.


“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”

“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi. - Harian Metro

psst: macam kurang sesuai plak bila anak-anak yang masih kecil ini bertunang dan akan mendirikan rumahtangga dalam usia yang sangat muda.. pada aku, banyak keburukan berbanding kebaikan jika kahwin pada usia muda.. at least biar la sampai peringkat akil balikh.. tp dlm kes ini, mereka baru sahaja bertunang.. harap2 kahwin tu biarlah lambat.. biar masing-masing dah besar.. 

aku nak berkongsi skit antara kebaikan dan keburukan kahwin muda:

KEBAIKAN
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
KEBURUKAN
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).

Wednesday, October 20, 2010

:: Telur owh Telur ::

Assalamualaikum WBT...


Renung-renungkan lah wahai sahabatku...


Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang. Depa ni pemborong telur di mana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.
 



Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.
 

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..
 
psst: suka makan telur... :p

Saturday, October 16, 2010

:: AXE Gurl Gone Wet @ Sunway Pyramid ::

"COME ON GUYS.. DON'T BE SHY.. COME OVER AND GET THIS AXE PRODUCT PROMO.. BRING YOUR CAR OVER TO GET WASHED FOR FREE BY OUR HOT GURL HERE.. SAMBIL CUCI KERETA, KITA CUCI MATA!!!"

Bukan main happening lagi event yg diadakan di Sunway Pyramid tadi sempena promotion AXE (deodorant kot). Tapi yang pasti, kebanyakan penontonnya adalah lelaki aku tumpang lalu jer.. hahahaha. Aku tengok dari jauh jer, x berani nak dekat. Afraid of getting wet too.. ahaks!.. Sambil-sambil jual promote product diorang, sambil2 main air.. Sesiapa saja boleh join.. Aku? Tak pe lah kot.. Mcm agak kureng seswai plak utk aku join pegi main kejar-kejar dgn aweks-aweks tu sambil tembak pistol air.. kui kui...

Tapi aku kurang pasti dengan apa rasional di sebalik promosi mcm ni.. yang aku nampak ialah diorang cuba nk attract customer lelaki sebab product mereka ini adalah barangan lelaki! Maybe this is the main reason they have to wear sexy and 'wet'.. Tp sedih jugak la bila tengok ada beberapa orang remaja Melayu yang turut serta main air.. kejar2 dengan aweks-aweks seksi nie.. Dan kadang2 rasa malu jugak bila ada orang yang lalu lalang bawa anak2 kecil lalu kat situ.. agak2 apa la yang diorang pikir.. Ada macam-macam cara lagi pada aku utk mempromosikan barangan mereka, tapi ini dah macam stail orang putih dah..

















psst: niat nak amik gmbar skali dgn aweks2 tue... :p