Saturday, October 31, 2009

.: Taklimat Exam @ Dewan Besar IPIS :.




Exam dah nk dekat dah.. tinggal lg 4 hari..

smlm ada taklimat exam.. lg la gementar rasa hati... nota x habis baca lg... sigh....

Monday, October 26, 2009

.: TIPS-TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA SPP :.


Sebelum hari temuduga

#Dokumen#

1. Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang diperlukan telah disediakan.

2. Dokumen yang paling penting untuk disediakan ialah :-
a) Kad Pengenalan
b) Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat
c) Sijil Persekolahan – SPM
d) Sijil Iktisas – Diploma / Ijazah
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Pengiktirafan JPA

3. Semua dokumen di atas perlu di buat salinan dan disahkan. Sijil2 lain adalah sebagai bonus.

4. Sekiranya salah satu daripada dokumen terbabit tiada, berkemungkinan besar untuk permohonan anda di tolak.

5. Oleh itu, sekiranya anda benar-benar mahu memiliki pekerjaan yang dipohon, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memiliki semua dokumen terbabit.

6. Bagi mendapatkan semula Kad Pengenalan atau Kad Pengenalan Sementara, Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat, anda bolehlah berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

7. Sekiranya anda kehilangan Sijil PMR / SPM, bolehlah berhubung dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya bagi mendapatkan semula salinan asal dokumen tersebut.

8. Seboleh mungkin, elakkan menggunakan laporan polis sebagai bukti kehilangan dokumen-dokumen asal kerana anda sebenarnya mempunyai waktu untuk menyediakan semua dokumen tersebut dari tarikh terima surat tawaran/ panggilan temuduga dan hari temuduga. Secara tidak langsung, ini akan menampakkan anda tidak mempunyai usaha untuk memiliki jawatan yang dipohon.

9. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan.

#Ilmu#

1. Sediakan diri anda dengan pengetahuan am seperti ekonomi, politik, hiburan, semasa, Rukun Negara, senarai menteri kabinet dan portfolio masing-masing, maklumat umum berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan sebagainya.

2. Baca dan faham senarai tugas jawatan yang anda pohon.

3. Jangan sombong bertanya kepada rakan-rakan lain yang pernah menghadiri temuduga berkaitan soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.


Semasa hari temuduga

#Dokumen#

1. Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang diperlukan telah disediakan.

2. Semua dokumen asal di susun mengikut sususan didalam clear folder. Seeloknya elakkan dari membawa lebih dari 2 folder. Jadi, hanya kemukakan dokumen yang diperlukan sahaja.
Semua salinan yang dibuat dari dokumen asal dan telah disahkan, hendaklah disusun mengikut susunan didalam surat tawaran dan dimasukkan ke dalam sampul. Elakkan dari membinding semua salinan tersebut.

3. Jangan sekali-kali menggunakan clip folder atau tidak menggunakan folder langsung kerana ini akan memberi kesan buruk ke atas markah anda.

#Ilmu#

1. Sebaiknya selak-selaklah bahan bacaan yang disediakan atau dibawa untuk refresh semua persediaan yang telah dibuat.

2. Jangan sombong bertanya kepada rakan-rakan lain yang pernah menghadiri temuduga berkaitan soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.

3. Elakkan dari berborak kosong.

#Pakaian dan penampilan#

1. Perempuan – (Muslim) Pastikan pakaian yang menarik dan tidak menjolok mata. Seeloknya baju kurung dan baju kebaya. (Non-muslim) Tidak mengenakan skirt pendek di atas paras lutut. Jangan sekali-kali mengenakan baju yang tidak berlengan dan mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya. Kasut yang dipakai hendaklah kasut bertutup dibahagian depan dan belakang. Elakkan sandle atau kasut tidak bertumit dan kasut sukan.

2. Lelaki – Baju kemeja berlengan panjang, tali leher, seluar slack (elakkan seluar jenis khaki dan jangan sekali-kali mengenakan seluar jeans), kasut bertutup dan stoking. Elakkan kasut canvas dan kasut sukan.

3. Rambut hendaklah di sisir kemas. Elakkan dari mewarna rambut. Jangan sekali-kali berambut panjang bagi lelaki. Bagi calon perempuan, seelokkan rambut di tocangkan atau di sanggul bagi yang berambut panjang. Elakkan dari melepaskan rambut begitu sahaja.

4. Elakkan dari bau badan dan wangian yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu orang lain.

5. Bagi PPP dan PPPT, jangan lupa mengenakan tanda nama anda dan seelok-eloknya, kemaskan penampilan anda dengan blazer.

#PENTING#

1. Jangan segan bertanya kepada urus setia siapa yang akan menemuduga anda dan apakah gelaran beliau. Gunakan gelaran beliau semasa anda ditemuduga nanti.

2. Jangan sekali-kali menggunakan loghat mana-mana negeri semasa di temuduga sekalipun penemuduga tersebut adalah orang sekampung anda.

3. Jangan sekali-kali menggunakan gelaran kakak atau abang kepada urus setia ataupun penemuduga.

4. Ketuk pintu tidak lebih dari dua kali sahaja semasa ingin memasuki ruang temuduga. Kemudian masuk apabila di arahkan dan jangan lupa greeting.

5. Duduk dengan sopan. Jangan sekali-kali menyilangkan kaki anda di depan penemuduga. Pastikan beg tangan atau apa-apa sahaja yang dibawa, diletakkan di atas meja sisi yang disediakan.

6. PENTING – Matikan telefon bimbit anda sebelum memasuki ruang temuduga.

7. Jangan mengunyah makanan semasa di temuduga.

8. Jawab dengan sopan semasa di soal. Ambil masa untuk berfikir sebelum menjawab. Jangan menjawab dengan terburu-buru.

SEMOGA BERJAYA!

Friday, October 23, 2009

.: Majlis baca Yassin & BBQ @ SG Merab :.


:: Menunggu ayam dan kerang bakar masak ::


:: Aksi awek2 yg sedai menyidai perut setelah penat mentekedarah ::


:: Bakar ayam... sedap wooo.. mcm sate rasanya ::


:: Bila lagi nk buat BBQ wei!!! tak puas ar... ::

Thursday, October 22, 2009

.: 29 October 2009 : Jusco JCard Members Day :.



29 October 2009
Jusco JCard Members Day




Calling all JCard Members!
Come over to enjoy great discounts at Jusco Bandar Sunway today.



Time : 9.00am – 11.30pm



Location

Jusco Bandar Sunway

Sunway Pyramid

Jalan PJS 11/15

Bandar Sunway

46150 Petaling Jaya

Malaysia

www.jusco.com.my

.: D'WARRIOR :.

Bunting yg diilhamkan oleh aku semasa dinner KPLI '09 @ Empress Hotel, Sepang..

Gimik yg best... siap ada letup2....

Wednesday, October 21, 2009

.: Jalan2 carik almari, jumpa baby... :.

Salam...

Selasa, 20 Oct 09, aku dan diri aku sndiri jalan2 sorang2 lepas daripada dating dgn wife aku kt opis dia selama 10 minit... :)

saje jalan nk cari almari pakaian.. ada la beberapa almari yg berkenan di hati... last2, aku berkenan dgn satu almari nie yg dijual di kedai amoi cina...


alang2 dah cari almari, usha ler meja makan skali... tgh dok sembang dgn amoi tu, Cindy (nama sebenar), tetiba ada satu benda yg berwarna putih gebu yg aku sangka bantal bergerak2 kat atas meja awek tuh... pergh, terkujat giler aku bila benda tu sbnrnya adalah anjing yg bernama BABY... wakakaka....klako... cute giler anjing tuh.. rasa cam nk peluk-peluk je buat bantal... walau bantal kt umah aku pon dah bnyk sbnrnya...



cute kan anjing nie.... hahahahaha...

.: Dinner KPLI-PJK 09 @ Empress Hotel, Sepang :.

Salam...

Fuh... dah lama tak update blog... kerja bnyk.. kelas lagi... study lg... study le sangat... nk uruskan pasal dinner lg yg penuh dgn pancaroba dan dugaan... fuh, tp akhirnya... lega sbb sumer nya dah selesai... boleh fokus pd exam dan interview nnt... tinggal lg 2 minggu nk exam bai!!!!



nk tgk gmbr dinner kitorang...? click here...

Sunday, October 11, 2009

.: Kursus Pembelajaran Koperatif :.

Salam....

Sabtu, 10 Oct 09- Seluruh pelajar KPLI ambilan Jan 09, Matab Perguruan Islam DIWAJIBKAN untuk mghadiri satu Kursus Pembelajaran Koperatif anjuran Jab Ilmu Pendidikan yg mana pada mulanya ramai yg tidak bersetuju dgn kursus ini disebabkan dengan temujanji open house dan majlis kenduri sanak saudara. Namun akhirnya mereka sedar termasuk aku bahawa kursus ini membawa manfaat untuk bakal2 guru pada masa akan datang. Keep it up!!



:: Aku dan shahril dalam aktiviti gerak kerja kendur ::


:: Aku bersama ahli kumpulan tekun berbincang ::

:: aku sempat rembat pen marker yg dirng kasi :::


:: ISEY- pembentangan kumpulan ::

:: KUMPULAN "NECK TIE" ::

Wednesday, October 7, 2009

.: Hang Tuah fail SPM!!! [FUNNY] & Batik Geometri :.

Add Image video

:: Damn funny!!!.. pasang speaker kuat-kuat....

Contoh batik geometri... boleh digunakan untuk P&P dalam subjek PSV kat sekolah...




.: Pengakap (7 Oct 09) :.


:: aku dan Saaidi abg polis::


:: usha awek org len bini aku nmpk ni, habis... :p::


:: cikgu haris garang memberi ucapan ::


Last day kami berkumpul utk aktiviti Ko-K- badan beruniform. Yahoooo...!!!

Monday, October 5, 2009










Open house masa raya ke-2 di KB Mall... hehehe... ayah yg belanja...makan pizza!! terima kasih adik!! sbb adik telah berjaya menggoda ayah untuk pergi makan pizza... heheheh...

.: Sukan Tahunan SKKM :.

Salam..

Hujung minggu lepas, aku dijemput oleh guru pembimbing aku (Cik Naili) utk turut serta dalam acara sukan tahunan sekolah. Agak teruja jugak sbb at least aku dapat lebih pengalaman dlm bab mengurus acara sukan ni. Seronok sbb dpt jumpa balik cikgu2 lama kt skolah tue dan mereka pun masih tak lupa kan aku. Rasa berbaloi jugak le berpanas satu hari suntuk kat padang skolah tolong cikgu2 kt sana. Pastu dapat baju dgn topi free yg mana bila aku pakai balik rumah, wife aku ckp "tukang kebun mana sesat lak ni..." hhehehehe....



.: Cikgu ganas :.

Member aku forward pasal cikgu pukul student.

Tak patut kan?

*Sorry sbb kualiti video kureng menarik...


video




video

Friday, October 2, 2009

.: Kemas rumah :.

Hari ni gotong royong kemas rumah..

Habis rumah diselerakkan...

Nak kejar masa utk pegi open house lg...

Hari ni saja ada 3 jemputan...

Syiok!!