Wednesday, June 16, 2010

.: Artis komedi popular kena tangkap sbb GANJA!! :.

Apalah nak jadi dengan nasib pelawak terkenal kita Saiful Apek yang sekarang ini tengah ditahan reman berikutan kes dadah. Harap-harap makan minumnya cukup sepanjang disana.

Terbaru, nasib Apek dan 5 rakannya yang ditangkap 13 Jun lalu akan ditentukan mahkamah hari ini. Kata sumber, keputusan hari ini juga bakal menentukan samaada kesnya itu akan didakwa sekiranya didapati bersalah, ataupun dibebaskan jika sebaliknya.


Sumber dari pihak polis juga ada memberitahu pihaknya juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua terbabit bagi membantu siasatan. menurut sumber, Apek dan rakan-rakannya itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah atau kes lain.


Masa mula-mula dengar berita dia ditahan di kediamannya di Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway Ahad lalu, pihak polis bukan sahaja menjumpai ganja dalam rumahnya, tetapi polis turut mendapati air kencing Apek dan rakannya positif.


:: sangat terkejut bila dengar berita ini.. dan sangat tak sangka.. hancus bila artis yg sepatutnya jadi role model pd masyarakat jadi mcm nie.. apa2 pun, kita tunggu nasib apek ptg ini. ::

sumber: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6685&c=2&s=3

0 comments: