Saturday, November 27, 2010

:: Baby Yana semakin ceria ::

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, selepas beberapa hari lepas baby Yana bertarung dengan sakit, akhirnya hari ni baby Yana semakin sihat. syukur ya Allah. ayah Yana baru balik dari melawat di IJN, dia dah mula kembali normal. nangis... tido... minum susu... nangis... dan tido.. hehe, kembali macam baby Yana sebelum operation. walaupun kadang-kadang muka baby Yana ada nampak kebiruan doktor mmg dah maklum kan benda ni tapi jelas kelihatan baby Yana semakin kuat dan sihat. badan dah semakin berisi. semoga baby Yana cepat sembuh ye.

tadi pagi doktor dah cabut semua tiub yang melekat kat badan baby Yana. tinggal satu je lagi tiub yg ada kat leher baby Yana. kesan jahitan masih terang akibat dari pembedahan yang lepas. baby Yana tahan skit ye sakit tuh.

ini adalah gambar terbaru baby Yana semasa ayah Yana dok pangku nak tido kan dia.. :)


psst: esok ayah Yana nk pegi Penang, hantar ateh daftar politeknik. baby Yana jaga diri baik2 ye. dok dgn mama Yana dulu. nanti ayah balik!!! :)

0 comments: