Wednesday, December 16, 2009

:.12 Tip Elak Makan Banyak :.


Assalamualaikum WBT...

Rata-rata ramai yang kalah dengan 'permintaan perut'... Ada saja perasaan nk makan... Lebih-lebih lagi bila musim kenduri-kendara dankadang-kadang bila kita berada di rumah... sorang2... tiada kerja nak buat... boring.. apa lagi, makan je la jawab dia...!

Terdapat 12 tip cara kawal 'permintaan perut'


1. Jangan terlalu melayan perasaan ingin makan.

2. Makan lebih banyak sup.


3. Ambil makanan rendah kalori terlebih dahulu sebelum makan makanan yang tinggi kalori.


4. Guna piring atau pinggan yang lebih kecil.


5. Setiap kali makan, mulakan dengan sayuran atau buah-buahan.


6. Mulakan hari anda dengan sarapan.


7. Cuba yakini bahawa makan juga mempunyai tujuan iaitu untuk hidup. Bukan hidup untuk makan je.


8. Jika anda hadir ke majlis keraian atau majlis makan-makan, tanamkan dalam hati anda hadir kerana menziarahi kawan, sanak saudara dan bukannya untuk makan.


9. Jangan lupa bersenam. Buat sit-up semasa tengok TV pun dah kira bagus.


10. Elakkan minum minuman manis dan bergas.


11. Elak tidur selepas makan.


12. Kuatkan hati dan iman, pasti kita berjaya. Insya-Allah!

0 comments: