Thursday, September 23, 2010

:: Comel dan Montel ::

Assalamualaikum WBT..

Rindu sangat-sangat pada baby Yana.. dan juga Mama baby Yana.. :p rasa lama sangat dah tak jumper.. hari tue masa di IJN, sempat 2 jam jer kami bersama.. Lepas je doktor pakar tu check baby Yana, trus balik.. huhu... tak pe, weekend ni Ayah balik Ipoh ye.. :) (rasa cam malas nk p skolah ganti hari sabtu ni.. huhu) 

Pada hari appointment dengan IJN tempoh hari, sempat ler aku masakkan sesuatu yang first time aku masak khas buat Mamay baby Yana.. iaitu lauk utk ibu berpantang sori, tak tahu nama menu.. huhu lagi terima kasih kepada ibu mertuaku kerana telah berkongsi resepi... hehehe..



Actually, aku tak tahu macam mana rasa dia yang sebenar.. tapi menurut Mamy baby Yana, dia cakap... SEDAP!!! kembang kempis idong aku yang sedia kembang masa tue..

Owh ye, dah 2-3 hari ni aku dok asyik belek muka baby Yana jer.. rindu kot.. last-last Mama baby Yana hantar gambar dia yg comel sangat.. sampai membuatkan Ayah tak puas tgk gambar baby Yana tau.. 


Mama baby Yana cakap nurse kat situ sumer geram tengok muka baby Yana.. Siap cubit-cubit pipi baby Yana.. Ayah pun geram jugak nak cubit pipi nurse tue pipi baby Yana tue... :p

And last but not least....


psst: perasaan rindu yg membuak-buak... rasa cam nk terbang balik IPOH mlm ni jugak..


0 comments: