Thursday, September 30, 2010

:: Masa Lapang ::

Assalamualaikum WBT.

Biasa la, kalau dah bujang sekejap ni, ada je masa terluang aku bersama computer.. huhu.. Rindu tak ingat pada Mama dan baby Yana.. tapi nak buat macam mana.. jauh di mata dekat dihati je lah.. last-last apa aku buat, edit gambar yang sempat aku snap di sekolah.. kebetulan sekolah ada buat fire drill bersama pihak bomba.. dan kebetulan plak ada open house di rumah GB lama, Pn Aneesah... makan sampai nk pecah perut beb.. abis hilang diet aku selama ini..

Picture tak boleh upload from here.. Aku upload kat facebook.. 


http://www.facebook.com/album.php?aid=2079172&id=1047767403&l=ca09401938




psst: semua dialog adalah rekaan semata2.. :) chill!!

Sunday, September 26, 2010

:: Kejap Je Balik Kg ::

Assalamualaikum WBT..

Syukur alhamdulillah... Akhirnya baby Yana dah boleh discaj dari Hosp Ipoh berkuat-kuasa hari sabtu lepas.. Dapat la jugak Ayah bermanja-manja lebih skit dengan baby Yana masa balik kampung last weekend.. tapi.... mana puas... huhu.. sekejap sangat.. huhu.. tapi apakan daya, Ayah kena balik jugak.. sbb Ayah sekolah tau.. pastu minggu depan Ayah ada kursus plak.. alahai, lagi 2 mingge ler alamatnya baru boleh jumper baby Yana balik.. huhu lagi...
:: Baby Yana sedang nyenyak dibuai mimpi ::

Masa nak balik, baby Yana asyik tdo jer.. tanak bangun... lain kot dapat tdo kat rumah dari tido kat hospital.. kacau pnyer kacau, tanak bangun jugak.. last-last, Mama dia angkat dan main-main dengan dia.. huhu.. celik jer mata, alahai, makin berat plak nak balik nie.. siap nangis2 lagi.. windunya... 

  

psst: tak sabar nak balik kampung lagi...

Thursday, September 23, 2010

:: Comel dan Montel ::

Assalamualaikum WBT..

Rindu sangat-sangat pada baby Yana.. dan juga Mama baby Yana.. :p rasa lama sangat dah tak jumper.. hari tue masa di IJN, sempat 2 jam jer kami bersama.. Lepas je doktor pakar tu check baby Yana, trus balik.. huhu... tak pe, weekend ni Ayah balik Ipoh ye.. :) (rasa cam malas nk p skolah ganti hari sabtu ni.. huhu) 

Pada hari appointment dengan IJN tempoh hari, sempat ler aku masakkan sesuatu yang first time aku masak khas buat Mamay baby Yana.. iaitu lauk utk ibu berpantang sori, tak tahu nama menu.. huhu lagi terima kasih kepada ibu mertuaku kerana telah berkongsi resepi... hehehe..



Actually, aku tak tahu macam mana rasa dia yang sebenar.. tapi menurut Mamy baby Yana, dia cakap... SEDAP!!! kembang kempis idong aku yang sedia kembang masa tue..

Owh ye, dah 2-3 hari ni aku dok asyik belek muka baby Yana jer.. rindu kot.. last-last Mama baby Yana hantar gambar dia yg comel sangat.. sampai membuatkan Ayah tak puas tgk gambar baby Yana tau.. 


Mama baby Yana cakap nurse kat situ sumer geram tengok muka baby Yana.. Siap cubit-cubit pipi baby Yana.. Ayah pun geram jugak nak cubit pipi nurse tue pipi baby Yana tue... :p

And last but not least....


psst: perasaan rindu yg membuak-buak... rasa cam nk terbang balik IPOH mlm ni jugak..


Tuesday, September 21, 2010

:: Raja Nurliyana Raudhah ::

Raja Nurliyana Raudhah.. itulah nama yang diberi utk puteri kesayangan kami yang ketika ini masih lagi berada di Hospital Ipoh akibat dari masalah jantung. Sama-samalah kita berdoa agar baby Yana cepat sembuh dan sihat selalu. Ayah dengan Mama tak sabar nak dukung peluk cium baby Yana nie. Sayang baby Yana. Muuuuuahhh!!!



12 Sept 2010, 4:30 am:

Mama mengadu perutnya sakit. Tidak lama kemudian, Mama cakap air ketuban dah pecah. Ayah pun cepat-cepat bersiap dan dibantu oleh Mak Long Fizah dan Tok. Masa tu muka Mama dah pucat menahan kesakitan. Ayah hanya mampu berdoa agar Tuhan dapat mengurangkan sikit penderitaan Mama.

12 Sept 2010, 8:00 am:

Ayah, Mak Long Fizah dan Tok menghantar Mama ke Hospital Sungai Siput. Mama dah berpeluh-peluh menahan sakit. Setiap 5 minit, Mama akan menjerit kesakitan, macam baby Yana akan keluar bila-bila masa sahaja. Sabar ye Mama….

12 Sept 2010, 9:00 am:

Ayah mendapat panggilan dari Hospital Sungai Siput memaklumkan bahawa Mama akan dibawa ke Hospital Ipoh dengan kadar yang segera. Ayah dah cuak. Masa tu ayah ada kt Pasar Pagi Sg Siput. Mama ada masalah ke? Sekali lagi Ayah berkejar ke Hospital Sg Siput. Menurut doktor, baby dalam kandungan seperti kecil dan perlukan khidmat pakar di Hospital Ipoh. Mama akan dihantar dengan ambulan ke sana.

12 Sept 2010, 10:00 am:

Mama dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan bukaan sudah 4cm. Kesian Ayah tengok Mama. Tapi Ayah tak boleh temankan Mama sebelum tiba waktu untuk Mama bersalin. Ayah, Mak Long Fizah dan Tok pun tunggu diluar dewan bersalin dengan perasaan yang berdebar-debar dan hanya doa kami yang menjadi peneman Mama di dalam dewan bersalin.

12 Sept 2010, 4:20 pm

Ayah dipanggil oleh nurse untuk masuk ke dalam dewan bersalin. Ayah diberi satu pakaian khas dan dibawa berjumpa dengan Mama yang masa tue menangis-nangis kesakitan. Kesian Mama. Doktor cakap lagi 2 cm baby Yana dah boleh keluar, sabar ye Mama…. Sikit je lagi… Ayah akan berada disamping Mama sampai Mama selamat lahirkan baby...

12 Sept 2010, 4:45 pm

Alhamdulillah, kami bersyukur padamu Ya Allah. Dengan linangan air mata dan persaan syukur kami menyambut kelahiran baby Yana ke dunia ini. Baby Yana yang comel ini mirip muka Mama dia. Comel sangat…..

12 Sept 2010, 6:30 pm:

Baby Yana dikeluarkan dari dewan bersalin. Tapi kenapa baby Yana ada dalam incubator? Perasaan Ayah makin tak keruan. Baby Yana dimasukkan ke dalam ambulan untuk dibawa ke bangunan hospital yang lain (wad kanak-kanak). Hati Ayah berdebar-berdebar. Baby Yana ada masalah ke? 



Tidak lama kemudian, Ayah diberitahu oleh doktor yang baby Yana kemungkinan ada masalah jantung. Lidah Ayah kelu...... Doktor menyarankan agar baby Yana dibawa berjumpa dengan satu-satunya doktor pakar jantung kanak-kanak di Ipoh, iaitu Dr. Chiew untuk mendapatkan lebih penjelasan. dan pemeriksaan. Sekali lagi baby Yana dibawa menaiki ambulan ke KPJ Specialist Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor pakar mengesahkan bahawa salah satu saluran darah dari jantung ke paru-paru baby Yana sempit. Jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera, besar kemungkinan, saluran tersebut boleh tertutup dengan sendiri, dan mengakibatkan darah tidak dapat mengalir ke paru-paru yang mana ia boleh menyebabkan kematian! Sekali lagi lidah Ayah terkelu…..  Selain dari itu, doktor juga memaklumkan bahawa terdapat satu lubang kecil pada jantung baby Yana. Ya Allah, Engkau selamatkanlah anakku.. Kasihanilah anakku yang masih kecil ini…

Di akhir pemeriksaan doktor, doktor menyarankan agar pihak hospital berhubung dengan IJN untuk tindakan selanjutnya. Dan hingga kini, baby Yana dimasukkan ke NICU Hospital Ipoh sambil ditemani oleh Mama yang masih dalam tempoh berpantang di dalam wad. Begitu besarnya pengorbanan Mama Yana. Setelah menyabung nyawa melahirkan baby Yana, kini terpaksa melalui tempoh berpantang sorang-sorang di hospital menjaga baby Yana.

22 Sept 2010 adalah temujanji kami dengan doktor pakar di IJN. Apa-apa pun, Ayah, Mama dan semua ahli keluarga akan sentiasa mendoakan agar baby Yana cepat sembuh.. Ayah rindu sangat nak berjumpa dengan baby Yana ni… Dan jugak Mama Yana yang dah lama berjauhan di Ipoh sana….



psst: Ayah dan family sentiasa berdoa agar baby Yana cepat sembuh.....

Tuesday, September 7, 2010

:: Pantun Raya Ikut Negeri ::

Assalamualaikum WBT..

Isi masa lapang sambil tunggu wife balik kerja.. Then baru bleh balik kampung di Perak utk berhari raya.. :)

Terimalah... Pantun Raya ikut Negeri di Malaysia!!! hehe


:: Selamat Hari Raya ::

Assalamualaikum WBT..

Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri pada semua. Mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap bicara. Semoga perjalanan balik kampung selamat dan lancar, Insya-Allah.


:: When Accident Happens... ::

Assalamualaikum WBT..

Please drive carefully during this Hari Raya. But if any bad thing which I mean accident happens to any of you (nauzubillahhiminzalik), this might be help...

The most important thing to do when you or someone you might know are involved in an accident is to always maintain your composure. By doing so, try to recall these steps that might just help:
   
•    Immediately contact 999 or PLUS Helpline at 1800-88-0000 for further assistance
 
•    If there are no injuries, move the vehicle from the traffic flow to a safer place, if possible
 
•    State the name and address of the drivers involve
 
•    State the name and address of the witnesses if there are any
 
•    Do a rough sketch on the accident and the location of the vehicle 
detailing the incident before and after the accident (Pictures of the accident can also be included as it might be useful)
 
•    Exchange information on the name of the insurance company
 
•    Avoid discussing who caused the accident as this could aggravate the situation
 
•    If your vehicle needs to be towed, make sure the vehicle is send to the prescribed workshop. Keep a close contact with the insurance company or the “hotline” number of the insurance company
 
•    Lodge a police report immediately after the accident
 
•    Also make a report to your insurance company although it is not your intention to make any claims. This is because the third party involved in the accident might try to make a claim from your insurance and this could cause you to lose your NCD
 
•    Fill in the claim form and also key in the necessary details. If there are any hesitations, get advice from your insurance company immediately

If your vehicle is damaged, you can make your own claim or a third party claim. For your own claim, contact your insurance company as soon as possible to clear any doubts. If your insurance company suggest or wants you to send your vehicle to the approved panel, act as advised as the insurance company has the right to decline any claims done if you decide to send your vehicle elsewhere. The insurance company will send an accident evaluator to assess the accumulated amount that should be reimbursed before any repairing works could be done.
 
Your insurance company should cover any loss or damage to your vehicle due to any mishaps involving fire, theft or accidents; and/or body injuries, death of a third party, damage or loss to the third party’s property.

:: Travel Time Advisory from PLUS ::

Assalamualaikum WBT..

Hope it's not to late this will help u guys a safe, smoother and comfortable journey during the Hari Raya Aidlifitri holidays.




psst: kitorang plan nk balik malam ni.. hopefully jalan tak jam.. Amin..

Monday, September 6, 2010

:: Thermos ::

Assalamualaikum WBT..

Perbualan sewaktu on the way hantar wife aku p kerja...

Nurul: Nanti lepas hantar Anim, Abg nak buat aper? Rumah dah kemas kan?

Aku: Hurm, ha'a yerk.. Nak update blog kot..

Nurul: Update blog jer? Ala, nanti Anim pun nak buat blog jugak la satu..

Aku:: Erk? Nak buat apa? Tak payah ler, Abg pnyer kan dah ada.

Nurul: Tapi Anim nak buat macam Abg jugak. Nanti bleh update gambar-gambar macam bakul baby warna biru tu kat blog. Tue, gambar thermos pun Anim nk upload jugak....

Aku: Hahaha...



psst: Last-last, aku yang upload gambar nie.. hehehe..

:: Breaking The Secrets of STAR CLUB ::

Assalamualaikum WBT..

STAR CLUB.. Thіѕ club hаѕ bееn active ѕіnсе thе past two years (if I’m not mistaken), аnd recently thеіr activities hаѕ became very active + nеw members аrе joined еνеrу day. Mοѕt οf thеіr member аrе GOVERNMENT SERVANTS.
There is one night I went to their place and gather at Dataran Sunway. Lot of people there sambil makan-makan. In front of their office, about 20 expensive sports car (fairlady, BMW etc) were there with their unique registration number ( ***3399). And most of the car in white colour.. Canggih beb.. mmg smart..


This club actually iѕ more lіkе a MLM. Something like аn investment. Damn big investment… For you to join, you have to spend min about RM 13K and no max (if you have that lot of money, hahaha). You don't have to sell anything as they (upper level/leader who works in the office) will do the marketing/selling thing. We give them money, they sell goods. Like money rotating. So, our job is to bring our friends or anyone to their function (at Dataran Sunway),then if they join this club, we can get RM 2K/person!! Crazy ar…

While waiting the leader (they called Duke or Marquis) had their speech, all the crowds there seems like giler-giler.. shouting here and there.. like they have no problem in their life.. banyak duit sangat kot I think.. During the speech, the crowds will keep saying GILER… GILER.. GILER.. for several time until I get fed up.. Giler la korang nih…


Before going back, this people keep telling me the benefits of joining their club.. bla bla bla.. and seems like they targeting civil servant (easy to get loan) NO WAY…!!

Syukur Alhamdulillah, Allah loved me and give me some guidance not to involved with this pyramid scheme or whatsoever. Few weeks later, damn shock news from 999 saying that this Star Club kena RUSH!!! OMG!!



So guys, please avoid this kind of scheme lar. Don’t be fooled with this MLM, skim cepat kaya + yang sewaktu dengannya. You want money, kena kerja. There is no such ‘work’ in the world you can only goyang kaki, rite..?

psst: buat la kerja berfaedah dari dok menipu orang.. tapi kadang-kadang aku tak brape suka dengan orang yang suka bercakap besar ni.. selalu jumper... aduyai..

:: Bloody Hands Tactics ::



 
If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).

These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. 


Please forward this message to the people you care about.

Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel:   +6012-4308125  +6012-4308125   +6012-4308125  +6012-4308125


Sunday, September 5, 2010

:: Scam Mail ::


Assalamualaikum WBT..

Syukur pada Ilahi kerana masalah aku dgn hakers tuuuuuttt yg menggodam email dan FB aku akhirnya selesai jugak.. Tak tahu macam mana diorang boleh dapat password aku, dan kemudian hantar emai:

Hi
I'm writing this with tears in my eyes, I came down here to London,United Kingdom with my Family for a short vacation unfortunately we were mugged and robbed at the park of the hotel where we stayed,all cash,credit card and cell were stolen off us  but luckily for us we still have our lives and passport saved

We've been to the embassy and the Police here but they're not helping issues at all and our flight  leaves in less than 5hrs from now but we are having problems settling the hotel bills and the hotel  manager won't let us leave until we settle the bills about (GBP 1,450 POUNDS).Can you help us out or How much can you help with?

We are  freaked out at the moment.

Raja Firdaus Sulaiman... (dah la eja nama aku salah)


Dan  yang tensen nya, hampir semua member aku dapat email yang sama.. so far rasanya tak de lagi member aku yang tertipu buta-buta bagi duit kt mamat ni.. tak cukup dengan tue, habis setting email aku dia tukar.. sigh..

Dan lagi satu, kepada mana-mana orang yang ada buat biz secara online, especially yang jual barang melalui lelong.com @ mudah.com, berhati-hati dengan mamat ni yang menggelarkan dirinya sebagai

Nama: JEFFERY SMITH
Email: Jefferysmith2003000@yahoo.com (atau mngkin dia akan tukar nama/email lain lepas ni)
Asal: UK

Modus operandi: dia akan cakap yang dia berminat utk beli barang kita dengan harga yang tinggi (selepas kononnya tawar-menawar skit dgn kita). Macam kes aku, dia nak belikan kasut adidas yang aku jual & currently still available  melalui mudah.com kepada anak dia yang belajar kat Nigeria. Kemudian dia akan hantar email mcm ni:

Hello seller,
Thanks for the Mail, Am Very Happy to hear From you so Fast that you Want to sell your item for me. I will Like you to go and Calculate the Total cost of the of item together with the shipping To my son Address Through (DHL Shipping courier 2-3 Days Delivery) for his Programmed in College and Don't Forget also to Provide me your Full Bank Information Below for the Payment to be Made to your Bank Account..
Here is the Information Needed for the Payment

Account Name:
Account Number:
Bank Name:
Bank Address:
Swift Code/Bank Code:

Here is my son Shipping address:
Name: Adekunle Abas
Address:25 Ago Tapa street mokola
City:Ibadan
State:Oyo State
Zipcode:23402
Country:Nigeria

Awaiting to For your Fastest Reply


Dan tak lama kemudian, lepas je kita hantar semua info kat dia, dia akan hantar satu lagi email baru kononnya dari bank mengatakan mamat sengal nie dah transfer duit, tapi masih floating dan tunggu kita untuk provide 'Shipping Tracking Code' yg mana kita akan dapat lepas hantar barang guna mana2 shipping provider such as DHL etc. 


Tapi Tuhan sayang kan aku, yang mana sebelum sempat aku pi DHL, tergerak hati aku utk check samada mamat ni btol2 ke masukkan duit seperti mana yang dia ni cakap. Aku hantar email pada bank yang mana dia kononnya bank-in... but no reply.. kemudian aku surf internet, terjumpa satu forum ni:

p/s: http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-500436.html



yang mana ramai juga kat luar sana yang dapat email ni sudah kena TIPU!!! Pergh... memang aku sangat bernasib baik.. bila tgk balik, memang email yang mamat ni hantar sebijik sama dengan yang dia hantar kat org lain.. Syukur sangat pada Tuhan sebab masih sayang kan aku dan buka mata aku sebelum aku kena tipu ngan mamat nih..


psst: sblm ni ada member ajak aku masuk mcm MLM programe. nama company 'STAR CLUB'. Selang 2-3 minggu, masuk 999 kena rush dan mmg sah comp ni penipu!!!

Wednesday, September 1, 2010

:: Sale @ Jakel Shah Alam ::

Assalamualaikum,

Sangat murah & sangat ramai orang yang berpusu-pusu kesana. Pada mulanya kami tak der plan nak kesana, tapi memandangkan dah dekat dengan rumah kak ipar yang tinggal kat Shah Alam, so kami pun singgah sahur la sebentar. Last2 kami, kami rembat sepasang baju melayu raya (baju melayu kuning sepasang + samping + butang baju = RM 99) dan segulung tikar buluh (RM35). Murah!! :)


psst: nak cari baju raya wife, tapi tak jumper saiz.. dah siap singgah kat plaza pkns shah alam, tapi tak jumper.. sian dia.. katanya nak raya nnt nk pakai baju tshirt dgn kain batik sbb masa tu nk bersalin dah... huhu..