Sunday, June 19, 2011

:: Selamat Hari Bapa ::

Teristimewa buat Ayahandaku, Tuan Haji Raja Sulaiman Bin Raja Hassan (KMN) & Arwah Alias Bin Suki....

A= Ayah..., kaulah
Y= Yang
A= Aku
H= Hormati dan Hargai

SELAMAT HARI BAPA!

Semoga ayah dan abah sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Amin.. We all luv u.. :)

psst: selamat hari bapa juga utk diriku sndiri.. ahahaha...

Monday, May 23, 2011

:: A Famosa Resort ::

Assalamualaikum WBT

Thanks a lot to my lovely wife, Puan Nurul Hanim sebab berjaya jugak menempah condo @ A Famosa Resort untuk kita bermalam sekeluarga sebelum bergerak ke UiTM Lendu, Melaka untuk urusan pendaftaran Raja Fatimah Al-Zahra (kursus TESL).. Owh ye, tahniah ye Kak Ja sebab berjaya melanjutkan pelajaran di sana.. Belajar lah rajin-rajin hingga berjaya.. Insya-Allah..

Tempat di sana sangat lah menarik dan selesa.. Cukup lengkap dengan perabot dan barang dapur.. rasa macam nak pindah sana jer.. :)







Hari ni dalam sejarah.. Kena marah dengan PK sebab tak maklumkan tidak dapat hadir masa LADAP.. memang silap aku tak inform dia awal.. tak tahu prosedur.. hehe lepas jumpe PK, kena ceramah ringkas skit la kan.. tapi dalam pada itu, ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk tahu... siapakah gerangan yang 'hebat' nih bagitau PK yang aku pegi Melaka ni sebab ada hari keluarga isteri..???!?!!?? Agak kelakar dan aku nak sangat tahu siapakah yang buat citer nih? Dan aku rasa orang macam inilah yang dikatakan musuh dalam selimut.. tapi, apa ko nak cakap, cakaplah.. Aku bukan buat benda salah.. memang ada urusan penting yang aku terpaksa buat..


psst: pasni ada lagi LADAP.. huhu

Thursday, May 12, 2011

:: Hari Guru ::

Assalamualaikum WBT..

Something great to share about Hari Guru.. :)

PENGENALAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF HARI GURU
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


LAGU TEMA HARI GURU
PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN

Informasi kini di hujung jari
Cabaran mendidik semakin tinggi
Kita perlu sedia berubah dan berhijrah
Mencorak bangsa di arus zamannya

Guru bestari penggerak wawasan
Melahirkan generasi terbilang
Menguasai ICT menjana nilai budi
Merentas sempadan globalisasi

*
Demi agama, bangsa dan negara
Satukan hati dan semangat waja

C/o

Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Budaya teknologi marilah semarakkan
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Menjamin kualiti merintis kejayaan

(Ulang * dan C/o)

Semoga keikhlasan diberkati

Lagu dan gubahan muzik
Rosman Adam
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor


Sunday, May 8, 2011

:: Tip Untuk Mereka Yang Ingin Membeli Rumah Baru ::

 Assalamualaikum WBT

Info yang agak menarik untuk dikongsi bersama anda semua. dan saya sendiri. tengah plan nak cari rumah jugak nih.. murah2 je kot.. :)  Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini!



1. Membeli rumah buat kali pertama adalah satu saat terindah pada diri kita. Ketika itu mungkin anda mencari dan menunggu harga hartanah jatuh keparas yang rendah sebelum kadar faedah pinjaman bank mula kembali naik dan sekaligus memusnahkan impian anda untuk membuat pinjaman.

Bagaimana memilih pinjaman? bergantung pada saiz deposit yang anda peruntukkan. Jika cukup besar saiz deposit anda maka boleh la anda memilih kadar pinjaman tetap (fixed rate) semasa kadar faedah kita sedang rendah. Jika deposit anda kurang, nasihat saya pergi ke pinjaman mengikut BLR. Kenapa? Kepada pendeposit besar. Tindakan ini menunjukkan mereka benar-benar ingin tinggal dirumah tersebut buat tempoh masa yang lama. kebanyakkan pelabur amat suka memilih pakej BLR untuk pinjaman hartanah mereka. Tetapi ini tidak bermakna semua orang yang ambil BLR adalah pelabur, Mungkin buat masa ini belum cukup deposit, tetapi tidak mengapa perlahan-lahan lah.

2. Buat kali pertama, Mungkin anda rasakan anda mampu dan gaji anda tinggi, tetapi pihak bank tidak pula meluluskan permohonan pinjaman anda. kenapa? ini lah sebabnya, mungkin dokumen anda tidak cukup kuat dan anda terlalu muda untuk membuat komitmen yang tinggi pada hemat bank. Jadi apa patut saya buat? okay, anda sebenarnya boleh berbincang dengan pihak bank untuk meletakkan nama ibubapa sebagai penjamin jika pinjaman yang dibuat melebihi dari kemampuan. Memaksimakan pinjaman agar bayaran bulanan anda menjadi rendah dan tidak membebankan adalah matlamatnya. Oleh disebabkan itu anda memerlukan nama ibu atau bapa sebagai penama kedua didalam perjanjian pinjaman anda. Adakah ibubapa mahu menjadi penjamin untuk anak? belum cuba belum tahu. Sebenarnya anda tidak keseorangan apabila membuat keputusan membeli rumah, Jadi berbincang lah dengan keluarga anda.

3. Daftar dengan engin carian hartanah seperti iproperty, thinkproperty atau drumah. Jika anda mula menjumpai hartanah yang diminati cepat-cepat menghubungi penjual tersebut. Jangan lupa untuk menggunakan carian google, mungkin anda boleh perolehi sesuatu dari sana.

4. Pembeli rumah kali pertama kebanyakkanya menjangkakan untuk membayar deposit sekurang-kurangnya RM20,000. Mula kan berjimat cermat sekurang-kurang RM300 setiap bulan. Jika anda berumur 23 tahun, apabila umur anda 28 tahun anda telah mempunyai simpanan sebanyak RM25 ribu lebih untuk dijadikan sebagai deposit rumah. itu lah masa terbaik untuk beli rumah.

5. Ada beberapa skim kerajaan oleh Kementerian Perumahan Malaysia yang dikenali sebagai projek rumah kos rendah. Rumah kos rendah diwajibkan kepada pemaju perumahan yang membangunkan sesuatu bandar baru. Jadi setiap rumah kos rendah disubsidi oleh kerajaan dan harga jualan berdasarkan kos pembinaan sahaja. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pemaju tidak berminat untuk membina rumah kos rendah yang mana keuntungannya amat sedikit malah sesetengah projek tidak langsung meguntungkan pemaju. Jadi rumah kos rendah adalah satu projek perumahan yang mesti diambil kesempatan kepada pembeli rumah buat kali pertama. Kebanyakkan harga rumah kos rendah didalam linkunggan RM42,000. Nasihat saya, sebelum anda membeli rumah berharga RM100,000 keatas beli dahulu rumah kos rendah ini dan jadikan sebagai pelaburan. Kerana apabila anda telah membeli rumah RM100,000 keatas anda tidak layak lagi membeli rumah kos rendah tersebut. Sebagai contoh pada tahun 2004 anda membeli rumah kos rendah berharga RM42,000 dan setelah 5 tahun, nilaihartanah kos rendah ini telah menjadi RM86,0000. Setelah itu barulah anda merancang untuk menjualkannya. Satu lagi, anda tahu tak? sewa rumah kos rendah di bandar sentul kini adalah RM1200 sebulan. Berbanding hanya RM200 bayaran pinjaman perumahan yang dibayar setiap bulan oleh pembeli. Ape kelas rumah kos rendah? Tidak apa lah, kepada mereka yang berminat sila lah.

6. Terakhir… Semak bajet anda. Walau pun kadar pinjaman telah jatuh ketahap rendah, apa yang turun tetap akan naik. Jika boleh jarakkan bayaran bulanan hanya 30% dari gaji kasar anda. Sebelum anda membeli rumah, semak dahulu kos-kos tambahan lain seperti duti setem, yuran penilaian, hiasan dan ubahsuai, penyenggaraan, insurans, bil utiliti, dan penggangkutan. Tanya si tukang jual tu, ada apa-apa kos tersembunyi? kekadang kos-kos tersembunyilah yang banyak buat kita sakit hati.

Pada hemat saya, adalah lebih baik jika anda membuat semakan pendapatan dengan pihak bank dahulu. Semak CCRIS, CTOS dan mana-mana yang berkenaan. Setelah itu barulah adna mencari hartanah yang sesuai dengan bajet anda.

Selepas pasaran hartanah melonjak, kebiasaannya harga hartanah akan menurun dari paras semasa ke bawah dan ia diperbetulkan secara automatik oleh kebanyakkan peserta industri. Mungkin anda tidak perlu terlalu mengharap yang mana harga rumah akan jatuh sehingga 20%. Bagi saya ia seperti harapan palsu dan nampak tidak realistik didalam keadaan pasaran hartanah di Malaysia.

Cuma… didalam situasi sekarang, jika anda ingin membeli rumah dari pemaju, pastikan dahulu pemaju yang benar-benar kukuh. Kebanyakkan pemaju yang teguh mereka membina satu bandar atau dikenali sebagai “township”. Ini berbeza dengan pemaju yang hanya membina satu taman perumahan. Saya tidak mengatakan pemaju taman perumahan tidak kukuh, bukan semua begitu. Tetapi berhati-hati lah jika berlaku sesuatu anda seorang sahaja yang menanggungnya bukan pemaju.

Berbanding dengan pemaju yang membina sebuah bandar mereka kebiasaannya telah membinanya didalam 15-10 tahun. Jadi anda boleh melihat rekod baik pemaju. Tanyalah rakan-rakan yang tinggal didalam kawasan bandar tersebut, adakah rekod pemaju bersih, tiada masalah kewangan, syarikat besar, hasil kemasan rumah berkualiti tinggi dan yang penting suasana sesuatu bandar tersebut.

sumber: http://www.drumah.com/6-tip-terbaik-untuk-pembeli-rumah-kali-pertama/309.html

:: Hospital Swasta @ Hospital Kerajaan? ::

Assalamualaikum WBT

Hati-hati bila anda memerlukan khidmat doktor pakar di hospital swasta bila anda sakit. Jika anda tersalah langkah, maka yang sakit makin parah. 

Contoh yang terbaru berlaku baru-baru ini ialah seorang lelaki 'ditahan'  di hospital kerana gagal untuk menjelaskan bil hospital yang sangat tinggi. Siap ada pengawal keselamatan jaga dalam wad takut dia lari tuh..


: Masa dalam wad SDMC :

Ada beberapa tips yang berguna untuk anda saya kongsi berdasarkan pengalaman saya berada 4 hari 3 malam di Sime Darby Medical Centre (SDMC) & dicaj sebanyak RM 3, 700.00. satu jumlah yang sangat banyak bagi saya yang hanya bekerja sebagai penjawat awam

: Caj yang dikenakan oleh SDMC kepada aku sbb masuk wad 4 hari :

1. Anda boleh pergi mendapatkan rawatan di mana-mana hospital swasta jika anda:

  • ada insurans perubatan @ apa-apa insurans yang anda boleh claim
  • mempunyai duit yang sangat banyak.. senang citer gaji sebulan 5 angka la..
2. Jika anda rasa anda tidak termasuk dalam senarai di atas:
  • pergilah hospital kerajaan je.. jangan dok gatai pergi sana carik bala.. 
Macam kes saya, nasib baik lah insurance cover untuk bil hospital saya. Kalau kata kena bayar sendiri, mati kutu jawab dia.. huhu

psst: pasni tobat tanak pegi hospital swasta lagi... :(