Wednesday, September 30, 2009

.: Gegaran gempa bumi dirasai di Semenanjung :.

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/113944


:: Versi aku plak ::


Subang USJ- Satu gegaran turut dirasai oleh salah seorang penduduk Sri Tanjung Apartment semasa beliau berada di rumah pada jam 6:30pm waktu Malaysia. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Firdaus (nama sebenar) mendakwa berasakan badan dan seluruh rumah beliau bergegar segegar gegarnya tanpa berselindung lagi. Kipas rumah beliau berpusing dengan laju. Volume TV rumah beliau tiba-tiba menjadi kuat. Mesin basuh pun dah habis spin. Pendek kata panjang tak kata apa-apa lagi tuh.. macam-macam yang berlaku semasa kejadian gempa bumi petang tadi. Oleh kerana beliau ini sudah dilatih untuk tidak cuak dengan keadaan macam ini, beliau buat dont know je dengan apa yang berlaku sehinggalah isteri beliau menalifon dan bertanya... "Abang kt mana? Abang tak rasa gempa bumi ke? Ramai orang kat bawah nie turun berkumpul. Nape awak tak turun....?" Dan seribu satu soalan yang ditanya oleh isteri beliau tanpa memberi ruang untuk beliau bernafas....... kesian....


Sekian, terima kasih...


*Semua nie kisah benar tau.... memang aku rasa ptg td time dok kt rumah... :)

0 comments: